Tahun ini memang banyak projek yang bertindih, tetapi ianya satu kegembiraan buat saya untuk memberikan sesuatu pada anak-anak yatim sebelum raya menjelang. Salah satu projek tahun ini bagi saya dan kawan-kawan adalah mengumpul dana untuk rumah anak yatim Ummu Sofea, di Trong Perak. Disamping memberi mereka baju raya, kuih raya dan juga duit raya, kami juga mencari dana untuk rumah tersebut.
Saya diberi tugas untuk mencari dan membeli baju raya untuk mereka.
Baju anak yang paling kecil, penghuni rumah ummu Sofea. Berusia setahun.
Kami juga bergotong royong membuat kuih raya..
barangan yang sudah siap diletak dalam bag
Disebabkan jadual yang bertindih, saya tidak ke ummu Sofea tahun ini tetapi mewakilkan kawan saya Kusyi dan Khamisah untuk ke sana. Kata Kusyi, mereka tertanya-tanya kenapa 'anak orang putih' iaitu Qaisara tidak datang. Rupanya mereka masih ingat Qaisara yang asyik memgekor mereka ke sana ke mari. Pada mulanya anak-anak itu malu untuk berkawan dengan Qaisara tetapi Qaisara tanpa rasa bosan berusaha berbaik dan anak-anak di ummu Sofea rupanya sampai sekarang mereka mengingati Qaisara.
Sedih pula rasa hati, insya-ALLAH jika ALLAH izinkan saya akan ke sana lagi melawat mereka.
1 comments:
Alhamdulillah, perkara terbaik yang dapat dilakukan dalam hidup adalah menggembirakan hati anak-anak yatim dan orang yang di dalam kesusahan. semoga usaha akak diberi ganjaran yang hebat di sisi Allah
Selamat Hari Raya kak
Post a Comment