Urik asid dalam badan saya sudah terlebih! Tetapi anehnya tahap kelestrol saya sangat stabil. Mungkin saya ini sangat suka makan lemon. Air teh kalau tidak ada lemon saya tak minum. Kemudian salad mesti letak lemon, semua benda mahu berlemon atau berlimau. Yelah selama hampir 10 tahun berkahwin dengan suami, orang Turki memang hidup dengan Lemon! Lagi satu kata doktor jangan makan cincaluk, jangan makan ikan bilis. Aduh..dua-dua itu kesukaan saya. Saya boleh makan cincalok tanpa makan aapa-apa lauk.Natijahnya kaki saya kebas-kebas. Jadi terpaksalah bersusah payah makan benda-benda berakali dan mengawal makan.
Sarapan pagi saya tadi adalah susu kambing dan juga biskut tawar. Syukur Alhamudilah masih boleh makan, kalau tak boleh makan lagi terukkan. Melihat saya yang sedap mengunyah biskut anak dara saya datang dan bertanya.
"Umi? Makan apa?"
"Biskut tawar.."
"Nak umi.."
Saya bagi dia sekeping, dimakan dan dikunyahnya perlahan. Saya melihat mata anak saya terkebil-kebil dan berkali-kali dia merenung biskut ditangan.
"Umi kenapa biskut ini tak ada rasa?"
"Yelah..nama pun biskut tawar"
"Yelah, nama dia biskut tawar tetapi kenapa tak ada rasa?"
"Yelah diakan biskut tawar.."
Balas saya lagi, Qaisara mengaru kepala seraya bertanya pada saya.
"Umi nama dia biskut tawar tapi kenapa tak ada rasa?"
Hesy pelik sungguh budak ini! Memanglah sudah nama biskut tawar.
"Dia tawarlah sayang.."
"Umi tawar tu apa?"
Ha ha ha rupanya anak saya tidak faham apa mana tawar! Patutlah...
