Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 30, 2012

LAWATAN HARI RAYA DI WAD KANAK-KANAK PESAKIT KANSER HKL

Sejak akhir-akhir ini blog saya dipenuhi dengan entry mengenai aktiviti di bulan puasa. Bukan mahu menunjuk tetapi penting bagi saya meletakkan entry ini andai satu masa nanti saya sudah tidak ada lagi, Qaisara dapat membaca blog saya dan melihat apa yang uminya lakukan.

Pada hari saya mahu bertolak ke Sarawak, melakukan program bertadarus di sana. Saya menerima mesej Iskandar atau Dr Red Bubbles. Kata beliau, hari raya nanti tidak ada yang menaja makanan untuk kanak-kanak pesakit kanser di wad KK3 di HKL. Mohon kalau ada sesiapa yang mahu menaja dan
membuat lawatan.

Jadi dengan segera saya mahu menaja sehari memandangkan kantin ditutup selama dua hari. Akhirnya syukur alhamdulilah, dengan bantuan rakan-rakan, kami bukan sahaja dapat menaja makanan untuk 2 hari tetapi memberi duit raya serta sedikit barangan untuk anak-anak ini.


Balik dari Sarawak, saya terus membeli barangan berupa coklat, mainan kecil dan juga buku buah tangan untuk anak-anak itu nanti.

Dalam membungkus barangan saya terfikir siapa yang akan pergi melawat pada hari raya itu nanti, memandangkan saya akan pulang ke Melaka. Semua barangan dan duit raya sudah ada. Syukur Alhamdulilah sahabat dan juga adik saya Roslaini yang menawarkan diri untuk ke sana memandangkan beliau tidak balik ke kampung pada hari raya pertama.


Roslaini bersama salah seorang ibu yang tabah di wad KK3

Jururawat yang bertugas pada hari itu.

Azani dengan salah seorang pesakit. Sedihkan melihat adik ini..ketika menaip ini air mata saya tumpah. Oh..saya orang tua yang sangat sensitif kalau bab kanak-kanak ini.

Baru di masukkan ke hospital di hari raya pertama...

Tabah hati seorang ibu..

Ibu ini sangat tabah, anaknya ketika ini berada di ICU

Azani suami Roslaini memberi duit raya.

Bersama dengan Habib seorang pesakit yang menerima takdirnya dengan sabar dan tabah.

Salah sebiji kek yang saya tempah khas dari D'litte kitchen untuk anak-anak itu. Harap mereka gembira menikmatinya.


Ya ALLAH, ya Rahman, Ya Rahim. Kau sembuhkanlah anak-anak ini, kau permudahkan segalanya untuk ibu bapa mereka. Kau rahmati dan lindungi mereka ya ALLAH. Kau sabarkan mereka menerima ujian maha pahit ini. Kau maha pemurah lagi maha mengasihani. AMIN..


P/s Kami juga menerima 100 naskah percuma untuk diedarkan di hospital dari pihak majalah MUSLIMAH






Tuesday, August 28, 2012

BERSAMA ANAK-ANAK UMMU SOFEA, TRONG PERAK

Tahun ini memang banyak projek yang bertindih, tetapi ianya satu kegembiraan buat saya untuk memberikan sesuatu pada anak-anak yatim sebelum raya menjelang. Salah satu projek tahun ini bagi saya dan kawan-kawan adalah mengumpul dana untuk rumah anak yatim Ummu Sofea, di Trong Perak. Disamping memberi mereka baju raya, kuih raya dan juga duit raya, kami juga mencari dana untuk rumah tersebut.

Saya diberi tugas untuk mencari dan membeli baju raya untuk mereka.


Baju anak yang paling kecil, penghuni rumah ummu Sofea. Berusia setahun.

Kami juga bergotong royong membuat kuih raya..

barangan yang sudah siap diletak dalam bag

Disebabkan jadual yang bertindih, saya tidak ke ummu Sofea tahun ini tetapi mewakilkan kawan saya Kusyi dan Khamisah untuk ke sana. Kata Kusyi, mereka tertanya-tanya kenapa 'anak orang putih' iaitu Qaisara tidak datang.  Rupanya mereka masih ingat Qaisara yang asyik memgekor mereka ke sana ke mari. Pada mulanya anak-anak itu malu untuk berkawan dengan Qaisara tetapi Qaisara tanpa rasa bosan berusaha berbaik dan anak-anak di ummu Sofea rupanya sampai sekarang mereka mengingati Qaisara. 
Sedih pula rasa hati, insya-ALLAH jika ALLAH izinkan saya akan ke sana lagi melawat mereka.



Wednesday, August 15, 2012

BERSAMA ANAK-ANAK DARUL IZZAH

Pada hari minggu yang lepas saya sempat bersama rakan-rakan ke rumah Darul Izzah Bangi bagi melakukan aktiviti kraftangan yang dikelolakan oleh sahabat saya Janira Ain.

Rumah anak yatim yang menempatkan 27 orang anak-anak lelaki yang ceria dan suka mengusik.


Akitiviti, membuat key chain yang dikelolakan oleh Janira Ain.


Akid salah seorang anak yang saya bantu menjahit, walau baru belajar tampak seperti mahir sahaja..(gambar dari Janira Ain)


Ini bukan saya buat, saya pinjam anak-anak punya..he he


Akid ini susah sangat mahu tersenyum tapi kali ini dia mampu tersenyum melihat hasilnya..



Along anak Janira Ain yang paling awal menghabiskan kerja tangannya.

Pemenang key chain tercantik.

Adik yang berbaju merah itu bernama Sharmin, dialah pemenang key chain tercantik. Mempunyai sikap yang cantik juga kerana selepas selesai membuat key chainnya, dia membantu rakan di sebelahnya. Cuma yang paling geli hati Sharmin asyik mengusik kami dengan kata-kata.
"Dah boleh makan tak, dah boleh makan?"

Adibah salah seorang sukarelawan yang banyak membantu anak-anak ini.


Selepas aktiviti membuat kraftangan, penyampaian sedikit kuih raya dan duit raya.


Anak-anak ini menyimpan dukanya kehilangan ibu bapa dengan gelak ketawa. Terkedu saya dan Ain bila ditanya salah seorang daripada mereka, emak ada lagi, dia mengeleng. Ayah ada? Geleng juga. Rupanya ke dua-dua ibubapanya meninggal kerana mati lemas. Allahauakhbar. Pilu rasa hati....



Thursday, August 9, 2012

BERTADARUS DI ULU SEMERA

Syukur ke hadarat Allah yang meminjamkan sedikit tenaga untuk saya. Syukur juga kerana ALLAH telah pinjamkan saya suami, pekerja, bibik dan juga sahabat-sahabat yang baik dan mahu membantu menghulurkan bantuan dari pelbagai sudut. Ramadhan ini saya terlibat dengan beberapa program. Antaranya program tadarus di Sarawak, ummu Sofea di Terong Perak dan juga menyiapkan bungkusan dan mencari dana untuk anak-anak pesakit kanser HKL. Syukur tidak terhingga kerana ALLAH beri saya peluang ini.
Jumaat lepas saya telah berlepas ke Sarawak. Menghadiri program tadarus dan juga pengagihan zakat dan juga program satu rumah satu Al Quran.
Banyak yang saya lihat dan banyak yang telah saya pelajari ketika membuat program ini. Jom kita tengok gambar. Jom kita lihat gambar.

Salah seorang penerima sumbangan Al Quran 

Jalan-jalan keliling kampung. Tidak sampai 50 buah rumah, saya sudah sakit kepala dan muntah beberapa kali. Ha ha..sebenarnya dari semalam saya sakit kepala, mungkin berpanas di India Street mencari baju untuk anak-anak miskin.

Salah seorang penerima zakat...

Antara Al Quran yang kami agih-agihkan.

Bersama salah seorang penerima zakat.


Adik ini mendapat bantuan baju..

Petangnya kami mengadakan penyampaian sedikit barangan untuk peserta yang mengambil bahagian. Barangan tersebut saya bawa dari melayar (semenanjung).

Antara anak-anak yang mengambil bahagian. Qaisara pun sibuk berposing bersama putri anak buah Liza Bujang.

Barangan yang telah disediakan. Antaranya kain pelikat, telekung, jam tangan dan sebagainya.

Cikgu Liza Bujang sedang memberikan ucapan.

Malam itu hujan dan ribut. Ada pokok tumbang dan natijahnya anak-anak ini bertadarus di dalam gelap.

Qaisara suka berada di sini dan mudah mendapat kawan...




Thursday, August 2, 2012

TADARUS DI ULU SEMERA SARAWAK

Syukur Alhamdulilah, esok saya akan berangkat ke Sarawak. Melunaskan tanggungjawab para dermawan untuk mengagihkan Al Quran pada penduduk kampung Ulu Semera, bersama sahabat saya Liza Bujang. Disamping itu mahu menyampaikan sedikit barangan pada para peserta yang sedang mengambil bahagian  dalam tadarus itu. Ada beberapa barangan yang saya bawa dari semenanjung untuk mereka terutama anak-anak yang begitu gigih bertadarus .

Setiap peserta di beri Al Quran dan rehal sumbangan orang ramai.


Sebelum bulan puasa gigih penduduk kampung membersih dan mengecat surat di mana solat terawih dan juga bertadarus akan diadakan.

Syukur Alhamdulilah, majlis bertadarus ini dapat dijalankan dengan lancar.

Seramai 44 orang mengambil bahagian dan dibahagi kepada beberapa kumpulan.

Ada beberapa ahli jawatankuasa yang memantau tadarus ini dijalankan.


Pohon doa pembaca blog saya supaya anak-anak yang berusia dari 10 tahun dan penduduk kampung ini terus Istiqamah sehingga penghujung ramadan. AMIN.

Wednesday, August 1, 2012

DOAKAN TETA YA...




Pagi ini Qaisara berpesan pada saya.
"Umi, umi tolong doakan Teta ya umi. Sebab sekarang ini setiap kali nak masuk kelas cikgu akan soal siapa boleh baca doa dan itu tiket untuk Teta masuk kelas.."
Oh..saya sedikit tersentak. Kenapa pula guru buat begitu dengan kanak-kanak yang seusia Qaisara dan juga berpuasa.
"Kalau tak boleh baca macam mana?"
"Tak boleh baca tak boleh masuk kelas. Kena berdiri lama baru  masuk.."
"Ya ALLAH Qaisara, kasihannya sayang..."
Hati ibu sudah pasti risau tetapi Qaisara dengan lembut berkata.
"Umi..umi tak perlu risau, Qaisara boleh jawab umi. Tapi umi doakan ya, takut hari ini Teta lupa.."
Lembut sahaja Qaisara bersuara. Ya ALLAH hiba hati saya, walau Qaisara anak yang sangat manja, kadangkala ada nakalnya, sesekali mengarahkan pembantu rumah itu dan ini, bila keterlaluan saya mendenda dia. Tetapi dalam masa yang sama sesekali pandai menyentuh hati saya dengan tingkahnya yang lembut dan menyentuh perasaan.
Syukur dan terima kasih tidak terhingga pada ALLAH yang mendengar doa saya setiap detik ketika saya mengandung mahukan anak yang sempurna akalnya, anak yang soleh, anak yang bijak dan anak yang kuat ilmu agamanya. Mungkin ini juga berkat tidak putus putus saya mengaji setiap detik ketika terlantar sakit di katil sepanjang mengandungkan Qaisara dan membaca surah Lokman, Yusuf, Taubat dan Mariam tidak putus-putus.
Perlahan saya kini menyedari, kesakitan mengandungkan Qaisara sebenarnya ada hikmah yang tidak terungkap ketika itu...