Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 31, 2011

NAK KELENTONG KONON!

Semalam ketika saya mahu terbang ke Italy dan sudah berapa di dalam kapal terbang ada pengumuman dibuat menyuruh seorang wanita masuk ke dalam kapalterbang. Nama penumpang tersebut Sonia.
"Tengok, ada budak hilang tak masuk kapalterbang lagi" Suami memberitahu Qaisara sengaja mahu menakutkan anak dia.
"Ya ke baba?"
"Iye.."
Terkebil-kebil mata Qaisara dia kemudian memegang tangan saya dan berbisik.
"Umi, betulkah budak yang hilang itu, kalau betul dia hilang mana pergi mak ayah dia? Kenapa mak ayah dia tak jaga dia.."
"Dia naik kapal terang seorang-seorang tak?"
"Aik budak kecil boleh naik kapalterbang seorang-seorang ke? Macam mana dia beli tiket? Kenapa mak ayah dia sampai hati biarkan dia nak kapalterbang seorang diri.?"
Ha ha ha..aduh suami punya hal saya pula jenuh menjawab. Saya beritahu suami apa yang dibisikan Qaisara . Suami tergelak besar dan berkata.
"Oh..baba baru dengar yang lambat masuk tu orang dewasalah Qaisara, bukan budak-budak."
Ha ha ha ha...baru tahu! Nak kelentongkan anak sendiri jenuh nak menjawab!

Monday, May 30, 2011

LAYAN BUNGA..

Holland adalah salah satu syurga bunga. Sekarang pergi mana-mana ada sahaja orang menjual bungan atau bunga di tanam di halaman rumah. Ini salah satu jenis lavendar di halaman rumah adik ipar saya.

 Ini bunga apa? Bunga purple..ha ha


 Cantik warna bunga inikan? Macam warna kegemaran si Teta

 Lautan bunga..


Paling murah di Holland ini adalah bunga. Dekat sini barangan tidaklah murah, kalau convert ke duit Malaysia. tetapi bunga murah. Satu pasu ada yang dalam 2euro sahaja. Barang lain semuanya tidak begitu murah walau barangan dari China.

 Macam pokok bunga balong ayamkan?

Bunga biru ini memang banyak terdapat di mana-mana. Satu pasu tu dalam RM40


Kedai menjual bunga ini menjual beratus-ratus jenis bunga. Bunga paling mahal bunga kertas. Dalam RM80...oh lagi satu pokok bonsai yang macam di rumah saya. Dijual dengan harga Euro 60. Cuba kalikan 4.3. Berapa harganya..


Anak saya dengan sabar menunggu uminya membedik bunga. He he he..

Saturday, May 28, 2011

MELAWAT SEKOLAH

 Semalam saya sempat menjenguk di salah sebuah sekolah di Oss di salah sebuah bandar di Holland bersama dengan adik ipar suami. Beliau salah seorang tenaga pengajar di sekolah rendah di bandar Oss ini. Sekolah beliau bernama Mouziek (betul tidak ejaan dia).




Sekolah ini adalah sekolah agama. Di Holland kebebasan beragama di titik beratkan. Bahkan sekolah agama seperti ini dibenarkan beroperasi dibawah kendalian kerajaan. Namun kurikulum sekolah perlu ada 30% mengikut silibus kementeraian pelajaran Holland, 30% matematik dan science dan 10% mengenai agama dan selebihnya terpulang pada sekolah tersebut. Setiap sekolah haruslah didaftarkan dibawah kementerian pelajaran Holland.


 Guru yang terdapat di sini adalah daripada berbilang bangsa dan negara. Ini adalah salah seorang tenaga pengajar yang berasal dari Pulau Maluku Indonesia.
Setiap sekolah di Holland dibahagi pada 8 group. Group pertama anak-anak berusia 4 tahu, group ke dua berusia 5-6 tahun dan group terakhir adalah berusia 11-12 tahun. Kelas yang ini adalah kelas goup 8 yang akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi. Anak lelaki yang berbaju warna pink di dalam gambar ini, baru sahaja di denda dan diletakkan di ruang rehat. Ketika saya sampai dia sedang menulis dendanya di ruang rehat. Tetapi di dalam kelas dia seorang yang sangat aktif. Ketika saya masuk ke kelas ini mereka menyambut kedatangan kami dengan menyanyikan lagu Cat Steven. Anak berbaju merah jambu inilah yang sibuk membuka slide dan mengendalikan komputer.

Ini Muhammad, ibu bapanya berasal dari Singapura. DIa boleh bercakap bahasa melayu dengan baik tetapi sedikit gugup ketika saya bertanya padannya.

 Anak-anak di sekolah ini terdiri dari pelbagai negara. Ada pelarian dari Somali, ada yang dari Mesir, dari Turki, dari Holland dan sebagainya. Cuma dari Malaysia sahaja yang tidak ada.

Ini para pelajar group 6 yang berusia 10 tahun. Bila adik ipar memberitahu yang saya seorang penulis, ramai mereka mengatakan "woow" ha ha ha...

 Saya turut menyanyi bersama mereka di dalam bilik darjah. Ada senitkata lagu bolehlah saya menyanyikan. Lagu Cat Steven....


Ini group 2 yang berebut-rebut suruh saya mengambil gambar mereka. Kemudian masing-masing mahu melihat hasilnya di komputer saya. Adik ipar melayan mereka seperti anaknya sendiri.


Bersama salah seorang guru group 1 iaitu group yang berusia 4 tahun.

Sekolah ini mempunyai 400 anak murid dari berbilang bangsa, mereka mengunakan bahasa dutch sebagai bahasa pengantaraan. Saya lihat ke mana-mana adik ipar saya pergi, dia akan dikerumuni oleh anak-anak kecil ini. Ada yang bergayut dibadannya. Anak-anak murid yang lebih besar menghormati guru mereka dengan menegur dan guru akan mengusap kepala murid tersebut dan bertanya khabar dengan suara yang lembut.. Intonasi suara yang digunakan guru ketika mereka mengajar juga sangatlah lembut berbanding dengan kebanyakkan guru-guru di sekolah di Malaysia, yang lebih banyak menjerit. Di dalam setiap kelas mengandungi 30 pelajar dan ada yang kurang. Mereka sangat senyap dan apabila diberi peluang menyoal, mereka sangat aktif menyoal.








Friday, May 27, 2011

ALHAMDULILAH...

Alhamdulilah saya selamat sampai di Holland. Ha ha..jaket yang saya pakai itu jaket pinjam kerana cuacanya masih lagi terlalu sejuk di sini. Ingat sudah panas..

Tengoklah si gedik saya tu. Ha ha ha..dekat sini bunga dijual merata-rata.  Saya rasa nak pengsan tengok pokok-pokok bunga ni tau.



Siapa pandai ini tempat apa? Nanti saya bagi hadiah..ha ha ha..

Wednesday, May 25, 2011

BERTERUS TERANG VS MENJAGA HATI

Petang semalam saya mengoreng mee sayur, mee ini seperti pasta yang diletak bayam. Buatan orang Melayu, Islam dan saya beli di pasar tani. Biasalah saya. Satu bungkus mee yang seberat 500gm sudah cukup untuk saya dah bibik makan untuk dua hari.
"Bagi dekat mami bibik.."
Saya suruh bibik kerana saya pasti mee tersebut akan terbuang sahaja. Bibik menelefon mami pada malam tu memandangkan dari siang dia tidak ada di rumah. Mami jiran cina saya tidak menjawab telefon dan kerana susah sangat, bibik keluar dan mengetuk pintu rumahnya.
"Ayooo..sekarang tak mahulah mee. Saya baru sahaja masak nasi. Nanti umi bagi mee, mesti anak-anak makan mee. Nasi saya tak laku. Besok sahajalah.."
Balik bibik berceritalah dengan saya, mengatakan yang mami tidak mahu mee kerana baru memasak nasi untuk makan malam.
"Apa salahnya cakap nak, simpan ajelah di peti ais.."
Bibik mempertikaikan kata-kata mami.
"Saya tahu anak-anak suka sangat makan mee, mami mana tahu goreng mee. Nanti tak lakulah dia punya nasi." Saya ketawa.
"Hesy..mami ni, dia suruh hantar esok pagi. Pagi dengan malam sama sahajalah.." sungut bibik lagi.
"Orang cina bukan macam orang melayu. Lebih menjaga hati orang. Orang cina lebih berterus terang."
Ya..berkawan dengan jiran cina, mereka rasanya jarang menjaga hati tetapi lebih bersikap berterus terang. Mula-mula memang kita terasa. Contohnya jiran sebelah rumah, satu hari saya mahu memberikan durian pada mereka. Pantas sahaja isterinya menjawab.
"Sorry saya tak mahu, kami nak keluar makan.."
"Simpanlah" suruh saya.
'Tak mahulah, nanti rumah busuk.."
Memang saya berkecil hati. Kita memberi dan dijawab sebagai acuh tidak acuh sahaja. Namun selepas lama berjiran saya tahu sikap mereka amat berterus terang. Berlainan dengan kita orang melayu yang sangat menjaga hati dan Qaisara sendiri telah mengikut budaya itu. Contohnya seperti pernah saya cerita dahulu..
"Umi, ini ada coklat uncle sebelah bagi.."
"Oh..iye ke.."
"Tapi umi jangan makan, tak ada tanda halal tau.."
"Habis kenapa ambil?"
"Aik.kenalah ambil tapi tak payahlah makan.."
Rasanya yang mana satu lebih baik?. Berterus terang dan kadangkala menyinggung perasaan orang, atau menjaga hati tetapi kita harus menyelesaikan sedikit masalah kecil yang berbangkit nanti?
Kalau saya, saya tetap menjaga hati orang lain. Seperti makanan yang diberi oleh mami atau uncle sebelah. Tetapi makanan itu saya berikan kepada pengawal keselamatan yang bukan beragama Islam.
Pengawal keselamatan itu dapat makan dan saya menjaga hati orang bukan?
Pagi ini saya tengok bibik memanaskan mee lebihan semalam..
"Mami tanya umi adakah lagi mee yang kita nak bagi dia semalam?"
Ha ha ha...manusia macam-macam perangaikan?

Para pembaca saya akan berangkat ke Europe malam ini. Berkelana selama 20 hari. Jika ada apa sahaja kesilapan saya, ampun maaf saya pinta walau kesalahan itu sebesar hama. Doakan saya selamat sampai dan selamat kembali. AMINNN...(Peluk semua...)

Tuesday, May 24, 2011

CUCI MATA

Pagi yang berbahagia. Jom semua kita segarkan mata dengan melihat bunga yang ada di halaman rumah saya.

Kemboja bonsai saya. Berbunga merah 

Kemboja cina memang galak berbunga. Hairannya bagi dekat jiran sebelah sepohon meninggal terus..

Tidak tahu apa nama bunga ini...tapi saya tanam juga. Sebab cantik..

Ini Azalea yang ramai orang keliru dengan bunga mawar. Azalea mempunyai berpuluh-puluh spesis

Ha ha tak tahu apa namanya. Hari itu masa saya beli penjual itu ada beritahu saya. Penjual itu sangat baik hati. Seorang lelaki berbangsa cina yang sanggup belikan Qaisara aiskrim bila melihat Qaisara menangis kerana menunggu terlalu lama saya memilih bunga. Pokok ini sudah saya biakkan dan saya beri pada kawan-kawan yang sukakannya.

Bunga kertas berdaun kemboja. Ha ha..

Teka pokok bunga apa ini? Pokok bunga ini satu ketika dahulu amat dekat dengan kitakan?



Salah satu jenis keladi air. Pokok ini diberi oleh jiran cina saya. Asalnya kecil sahaja tetapi sekarang sudah besar dan beranak pinak. Rasanya dah berpasu-pasu saya tanamkan untuk kawan-kawan.

Bunga kemboja lagi..

Rupanya banyak juga pokok di halaman rumah saya. Kalau tidak masakan orang yang membuat rak pokok bunga saya bertanya saya "Kak, akak ni jual pokok bungakah?" Ha ha ha..


Monday, May 23, 2011

QAISARA DAN KAMERA

Saya sudah membeli kamera baru. Pada mulanya saya mahu membelikan dia kamera yang dipilihnya berwarna pink. Tetapi memikirkan yang kamera tersebut akan cepat jatuh dan rosak. Saya bagi dia kamera yang saya pakai sekarang . Tough dari Olympus. Kamera ini sangat lasak, jatuh dan masuk air pun tidak mengapa.

Tengoklah Qaisara gaya seorang jurufoto. Ha ha ha..



Yeahhh...suka apabila gambarnya menjadi.


Hasil gambar yang Qaisara ambil semalam ketika kami balik kampung.

Balkish dan kakak Alinnya.

Sepupu kesayangan Qaisara, Abang Adli pujaan hatinya, Alin dan Irfan. Tak tahu kenapa dia suka sangat dengan Abang Adli yang pandai melayan dia bermain.

Gambar yang diambilnya sendiri.

Pokok bunga di halaman rumah saya. Tembak ajelah Ta..ha ha ha..


Saturday, May 21, 2011

POP CAKE

Hari itu kami juga belajar membuat pop cake. Rupanya senang sahaja membuat pop cake ini. Pop cake ini boleh dihias dengan pelbagai cara.


Kusyi tunjuk gelang lawa..ha ha ha..


Atan yang begitu bangga sebab berjaya menghias pop cake yang sudah disalut coklat. Ha ha ha..


Kalau part menghias begini bagikan pada Qaisara. 


Hmm.....sampai menjilat jari...

Tak ada pula gambar pengetua semasa membuat pop cake ini. Padahal pengetualah yang dok mengentel pop cake. Kami dok sibuk menghias aje. Gambar si Kham pun tak ada. Kham tukang mengambil gambar apa pula nak ada ya tak?