Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, April 23, 2011

MATI ITU PASTI


Kelmarin, saya sedikit sesak nafas, mungkin kerana keluar masuk kedai borong. Mencari asam boi untuk hadiah cendera hati bagi pembaca yang membeli asam boi. Tahulah kedai borong berabuk sana sini. Tapi saya mana ada pernah seriknya..h ehe..
Melihat saya yang tidak begitu sihat. Qaisara bertanya saya.
"Umi sakitkah?"
"Iye sayang, Qaisara kalau umi mati malam ni, Qaisara duduk dengan baba tau!"
"Habis bibik?"
"Bibik balik Indonesialah.."
Jawab saya perlahan. Qaisara termenung buat seketika.
"Habis siapa nak buatkan Teta susu?"
'Hmm..babalah?"
Lama Qaisara temenung di pinggir katil saya.
"Baba, buat susu tak ada rasalah umi. Baba letak air banyak sangat.."
Ha ha ha.saya ketawa dalam hati. Anak-anak manalah faham pasal mati.
Bila suami balik. Saya dengar Qaisara mengadu saya sakit.
Entah apa yang dicakap oleh suami. Qaisara datang semula pada saya di dalam bilik dan duduk sebelah saya sambil memegang kepala saya untuk dipicit.
"Umi janganlah mati umi, umi buat susu sedap. Nanti umi mati siapa nak buat.."
Qaisara sudah menangis dan saya peluk dia sambil mencium-cium dia.
Bila suami masuk ke bilik, dia tegur saya yang suka bercakap pasal mati pada anak.
dan
Semalam pesta buku bermula.
Saya seperti biasa akan berkampung selama 10 hari di sana.
Disebabkan Qaisara bersekolah, maka dia tinggal dengan pembantu rumah sahaja.
Namun sepanjang hari saya sangat rindukan anak saya ini.
Bila balik dari pesta buku, suami saya yang memandu terlupa menurunkan brek tangan.
Bila separuh jalan, sudah bau terbakar.
Orang Turki ni kalau dapat stering mana ingat dunia..ha ha
Dia main lanyak sahaja. 
Kemudian suami cakap brek kaki sudah tidak berfungsi dengan baik.
Alamak..fikir saya. Janganlah apa-apa.
Mendadak saya teringatkan Qaisara. Sempatkah saya berjumpa dengan anak saya?
Sepanjang jalan saya berdoa. Dapatlah saya berjumpa dan peluk anak saya.
Kalaulah saya mati, bagaimana keadaan anak saya?
Qaisara anak yang manja
Tiap kali tidur, saya harus temankan dia dan dia harus pegang tangan saya.
Saya akan bacakan dia buku cerita.
Kalau saya tidak ada macam manalah anak saya ini.Macam-macam berada di dalam fikiran saya.
Janganlah saya mati, janganlah. Saya berdoa.
Alhamdulilah, kami selamat sampai ke rumah.
Terbuka sahaja pintu pagar, Qaisara sudah melompat kegembiraan melihat saya.
Dicium-ciumnya saya, Gembira sungguh dia melihat saya. Sampai saya nak berjalan pun susah dan terpaksa mendukung dia.
Malam melihat Qaisara tidur pulas dan tenang.
Saya sebenarnya sedar.
Mengucap perkataan mati adalah mudah, tetapi sebenarnya saya masih belum bersedia...


6 comments:

Leeza said...

salam kak
betul tu, lafazkan memang sangat mudah....tapi nak hadapinya adakah kita ada kekuatan?..

Rusiah_Hazri said...

Mak Uda kadang-kadang tecakap jgk perkara ni, tapi selalu kena marah...org perempuan mmg emosi...

hijjatul said...

kak tie,

saya sokong kak leeza, kebetulan saya baru kehilangan mak pada 2 april lalu kerana serangan jantung...meninggal di IJN sementara menunggu pembedahan dilakukan..sebelum ke IJN pernah arwah bagitau pada adik beradik yang dia sudah redha kalau dia mati disana..setelah kehilangan, saya faham kenapa dia redha ini kerana arwah tahu anak-anak dah besar walaupun masih belum dewasa tahu kehidupan sendiri dan sebagai anak sulung perempun seorang, saya faham yang dia tahu saya boleh uruskan adik walaupun tidak sempurna tapi sekurang2nya tidak ada yang kurang...bagi saya jika kita belum bersedia, kita perlu berdoa pada Tuhan supaya panjangkan umur untuk memastikan kita boleh beri yang terbaik untuk anak2....

Nurul Zahar said...

Salam Puan,

Mati itu pasti. Mengingat mati membuatkan kita lebih insaf dan cuba memperbaiki diri. Kita tak tahu berapa lama kita akan hidup, jadi kita akan cuba lakukan yang terbaik segalanya sebaik mungkin. Semoga kita semua berakhir dengan husnul khatimah.

Aliaa Aisyah Mohamad Amin said...

laaaa....patut r..sy dtg booth nb kara..tingin nk jupe teta semlm..tp tgk die takde..huhu...

Ann Ishak said...

kena ingat...ia pasti akan datang