Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, October 29, 2010

KEBAIKAN VS KEBURUKAN

Setiap malam sebelum tidur sejak akhir-akhir ini saya sudah mengajar Qaisara, menyenaraikan kebaikan dan keburukan yang telah dilakukan setiap hari. Saya suruh dia senaraikan dulu kebaikan yang dibuatnya.
"Hari ini Teta pakai baju sendiri.."
Teta memberitahu. Saya menganggukkan kepala sambil berkata
"Alhamdulilah bagus sayang.."
"Teta pergi tandas sendiri.."
"Good, good sayang..."
"Teta tolong bibik buat bunga telor"
Ha ha ..ye yelah. Adik saya mahu berkahwin jadi agak sibuk, membuat bunga telor.
"Lagi.."
Mata Qaisara terkebil-kebil. Mungkin cuba memikirkan apa yang dibuatnya siang tadi..
"Tak banyak pun kebaikan yang Qaisara buat? Qaisara lebih banyak buat perkara yang tak elokkan?"
Saya tanya Qaisara. Mula menyenaraikan apa perkara buruk yang dilakukan hari ini.
"Qaisara jerit bibik, marah-marah bibik, Qaisara hempas pintu bila umi sedang menjawab telefon, Qaisara marah-marah umi masa kita pergi pasar malam tadikan.."
"Masa tu Teta mengantuk sangat.."
Qaisara menjawab. Ada sahaja alasan dia.
"Kalau mengantuk kenapa sampai sekarang tak tidur-tidur?" Saya mengerling jam. Hampir 11 malam.
Tegur saya. Qaisara ketawa. Melangap-langap ketawa anak saya nan seorang ini.
"Oh banyak sangat perkara yang tak elok Qaisara buat hari ini. Kemudian Qaisara hempas remote control"
Saya mula menyenarai satu persatu perkara yang tidak elok dilakukan. Tiba-tiba Qaisara menangis.
'Umi Teta tak tahu apa benda baik lagi Teta nak buat?"
Tersedu-sedu dia menangis.
"Boleh, banyak. Kalau nak minta susu cakaplah dengan suara yang lemah lembut, lepas minum letak dalam singki botol susu Qaisara. Kalau nak menonton telivisyen, tekan sendiri remote. Qaisarakan tahu. Jangan sesekali jerit bibik suruh tukar.."
Qaisara pegang tangan saya dan cium tangan saya. (sebelum tidur dia akan cium tangan saya dan saya juga akan cium tangan dia he he he). Dia berjanji melakukan 5 kebaikan esok hari. Tidak tahulah tertunai atau tidak.
Namun melihat Qaisara tidur, saya mula mengira. Apakah kebaikan yang telah saya lakukan hari ini dan apa keburukan yang telah saya buat? Apakah kebaikan mengatasi buruk laku saya...
Jom semua..kita senaraikan apa yang patut, untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik!


Thursday, October 28, 2010

BUKAN RIAK YA..

Apa perasaan anda bila masuk sesebuah kedai mewah, tidak dilayan?

Isu ini sudah saya bangkitkan dahulu. Tetapi kali ini salah seorang ahli keluarga saya bercerita.
Masuk ke show room jual kereta BMW orang tak layan, sebab dia hanya pakai sandal sahaja.
Tapi bila dia goyang jam tangan Rolexnya. Barulah mereka mahu melayan. Pandai pula mereka yang dishow room tahu membezakan rolex original dengan tidak. Buat mereka fikir rolex petaling street?.
Bila dia masuk ke show room jualan rumah semi D, yang berharga lebih setengah juta pun orang tak layan. Sedangkan dia baru sahaja menjual salah sebuah rumah yang berharga sedikit lebih kurang begitu dan mahu membeli rumah baru, bagi mengantikan rumah yang lama.
Sebab pakaian dia, hanya t-shirt buruk, slack lusuh dan juga sandal sahaja maka orang tak layanlah.
Jadi kena goyang tangannya sekali lagi bila bersalaman dengan jurujual. Tunjuk jam rolexnya sekali lagi. Ha ha..aduh.
Saya pernah terkena, membeli sebuah ruang pejabat.
Saya pergi showroom. Syarikat pemaju, melayan saya dengan baik bila saya bertanya ada lagikan ruang pejabat yang kosong. Lantas saya mengambil keputusan membeli dan saya letak pendahuluan 10 persen.
Tetapi di situ ada salah seorang pengawai bank, perempuan berbangsa cina.
Terus meletakkan borang pinjaman tanpa berkata apa-apa, di depan saya dan wajahnya sedikit angkuh. Saya terkebil-kebil memandang mukanya.
"Untuk apa?" Tanya saya..
"Ini, borang untuk loanlah.."
"Oh..sorry..saya beli cash.."
Dan saya dapat melihat wajah perempuan itu berubah. Dalam hati saya berharap, moga-moga dia akan ingat perkara ini seumur hidupnya...
Dan tolong jangan fikir, orang yang berpakaian selekeh macam kami orang yang meminta-minta..

p/s tak bergaya asal bersih cukup. Buat apa bergaya, berpakaian sedondon dari kepala hingga ke kasut tapi duit tak ada ya tak..he he he.



Wednesday, October 27, 2010

BERKELAH

 Hari minggu yang lepas tanpa dirancang saya ajak suami ke Port Dickson. Masa tu jam sudah dua petang. Tak sangka pula suami cakap. Okay. Kebetulan masa itu ada anak jiran bermain di rumah bersama Qaisara dan Qaisara pula dengan selambanya memberitahu kawan tersebut.
"Jom Najat kita pergi pantai." ha ha
Jadi saya ajaklah sekali. Emak Najat ni saya tak kenal sangat pun. Tetapi pembantu rumah saya dengan pembantu rumah dia baik. Jadi saya ajak sekali pembantu rumah  Najat. Emak Najat ni membenarkan sahaja bila saya datang ke rumahnya.


Bibik, pembantu rumah Najat, Wati, Najat dan Qaisara bermain pasir..dipantai.


Qaisara takut dengan ombak. Harus dipegang kukuh, baru dia berani. Menjerit-jerit dia suka bila ombak datang. Najat pun begitu. Umi dia pun suka jugalah. Bila bangun, poket seluar saya penuh dengan pasir. Saya cakap dengan bibik, kalau penuh dengan duit tak apa jugalah. Ha ha..ha..




Mr Seyit Kara tak main air pun. Dia cakap kalau mandi nanti badan letih. Kalau nak tahu  kerusi yang suami saya duduk di bawah payung itu disewa dengan harga RM25. Punyalah mahal gila. Sama sedikit lebih kurang, harga chalet dekat sesetengah tempat. Di sini, sana sini payung disewakan. Hairan, apakah ini secara sah atau haram? Pantai yang seharusnya tempat kita membentang tikar sudah tidak percuma lagi. Semua nak kena duit. ALLAH..ALLAH..


Tuesday, October 26, 2010

ADIK IPAR TONY BLAIR MASUK ISLAM


LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah. Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.
“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.
Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.
“Tiba - tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya. Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. “Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya. Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.
“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

P/S inilah kelebihan orang-orang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid atau melawat makam orang Islam. Di Malaysia, orang berbangsa asing menjejakkan kaki ke masjid sudah heboh satu Malaysia sehingga memalukan kita orang Islam sendiri. Moga-moga kita semua diberi hidayah dengan peristiwa ini AMINN..




MAK BAPAK ..

Rumah saya di hadapan padang permainan. Dari bilik saya membuat kerja, dengan jelas saya akan dapat melihat anak-anak yang bermain di padang. Kadangkala seawal dua petang sudah ada anak-anak yang bermain basikal dan juga skate board. Sering juga saya tertanya-tanya. Anak-anak ini mana emak dan ayah? Bermain begitu awal lagi.
Paling saya seriau bila hujan lebat dan petir berdentum. Anak-anak ini masih dipadang, gelak ketawa tanpa rasa takut. Saya sendiri yang ngeri melihatnya. Ngeri kalau berlaku apa-apa, bukankah saya yang seharusnya menjadi saksi. Kalau dah hitam rentung, mahu berhari-hari saya pula yang tidak tidur malam. ha ha.. Ya ALLAH jauhkanlah segala musibah ini.
"Macam mana ya emak bapak biarkan anak-anak bermain tanpa kawalan. Ada tu kecil lagi.."
Saya tanya suami satu hari.
"Kenapa?"
"Yelah..saya tengok mereka merayau-rayau dari tengah hari sampai ke petang. Tak makan ke? Tak solat ke dia orang? Tak bersekolah agama ke?"
"Awak fikirkan hal orang kenapa?"
He he he..orang lelakikan. Bukan dia ambil peduli keadaan keliling.
"Semua orang tak fikir macam awak. Bagi awak, anak awak tu segala-galanya. Awak timang hari-hari. Sepuluh minit tak ada depan mata awak dah mencari. Awak kepit celah ketiak awak. Orang dah ramai anak, bukan peduli. Dah tak ada harga.."
Heasy..adakah anak-anak tak berharga? Merekalah harta kita yang paling mahal saya rasa. Macam saya nak dapat bukan main susah lagi. Perit.
Tapi benar juga kata suami, kalau anak itu berharga kenapa dibiarkan. Sudahlah kawasan tempat tinggal saya ini bukanlah tempat orang miskin. Kereta setiap rumah paling kurang ada dua. Tetapi kenapa anak dibiarkan bermain seolah-olah tiada ibu bapa?
Saya benar-benar tidak faham, agaknya ibu bapa ini apabila musibah datang barulah mahu menangis, meraung tetapi ketika itu tangisan sudah tidak berguna lagi?



Monday, October 25, 2010

QAISARA..QAISARA..


Khamis lepas,  saya ambil Qaisara dari sekolah, agak awal. Yelah dari pagi hantar dia ke tadika, saya terus ke pejabat. Kemas pejabat baru dan pasang rak buku. Pukul 11 sarapan pagi terus ambil Qaisara dalam 11.20. Ketika saya datang, terdengar beberapa orang rakannya mengeluh. Ketika itu mereka sedang mewarna.
"Qaisara kenapa awal sangat nak balik?"
Qaisara ni dia tak kisah, kalau nampak sahaja muka bibik atau muka saya. Awal tak awal dia mesti nak balik. Lagipun cikgu dia tak kisah sangat, memandangkan dia baru 4 tahun.
"Janganlah balik.."
Terdengar kawan-kawannya berkata. Rupa-rupanya, kawan-kawannya ini ada dalam 5-6 orang, meminjam pensil warna dari Qaisara. Oh..pensil warna Qaisara setiap hari akan kami periksa. Kalau hilang akan kami tambah dan tampal sticker namanya. Kata Qaisara kadangkala sticker nama dia pun kawan-kawan buang dengan menggunakan air ludah dan ambil pensil warna tersebut. Hendak saya marah, nanti dia akan cakap.
"Macam tu Teta tak payah pergi sekolahlah?"
Jadi apa nak buat? Diam ajelah. Rupa-rupanya kawan yang meminjam bukan seorang dua, ramai. Patutlah pensil warnanya asyik hilang sahaja dan gurunya beritahu, Qaisara murah hati. Bila mahu mewarna, dia akan lambakan pensil warnanya. Siapa nak pinjam..ambillah.
Alah..Qaisara, Qaisara..memang saya ajar .....jangan kedekut dan sering berkongsi. Tapi kalau macam ini selalu, ..taukeh balak pun gugur rambutnyakan? Ha ha ha..




Sunday, October 24, 2010

SUP KENTANG!

Bangun pagi, menghadap komputer sudah terasa perut lapar. Tiba-tiba teringat nak makan sup kentang. Teringat sup ini kami panggil sup darurat.
Masa dulu-dulu, kalau musim hujan.
Emak dan ayah tidak dapat menoreh selalu, dan duit pun tak masuk.
Arwah emak akan masak sup ini. Senang aje. Dari sohoon, perut tahu dan kentang.
Letak ikan bilis kalau mahu dan juga telur.
Biasanya telur kami satu ketika dahulu mudah. Cari aje celah-celah semak. Pasti ada. Yelah ayam bertelur bersepah-sepah. Kadangkala atas para rumah pun dia bertelur.
Ha ha ha.

Pukul 5, rebus kentang. Lepas solat subuh masak dan
-

-

-


Tada! Dah jadi sup kentang saya. Pukul 7 dah menghadap sup ini. Dulu arwah emak kalau buat sup ini pasti buat sambal sardin. Emak beli sardin yang kemek-kemek dari lori yang datang.Murah masa tu saya ingat. 15sen sahaja satu tin sederhana. Emak beli banyak dan simpan.
Orang kata yang kemek-kemek tu tak boleh makan. Rosak dan bahaya. Orang miskin mana boleh memilih-milihkan.
Alhamdulilah, tak ada pun. Saya sihat, ayah saya yang lebih 70 pun tahun pun masih mencanak-canak di kebun. ha ha..
Okay..dah lepas makan kena, harus kena berlari 10 kali pusing di padang..ha ha


Saturday, October 23, 2010

DOA BUAT TETA

credit to Zulkifli Haron..

Saya kalau mahu menidurkan Qaisara pasti saya akan berdoa terlebih dahulu dengan Qaisara. Kemudian saya akan bacakan dia beberapa surah Al-Quran sambil pegang tangan dia. Malam tadi saya berdoalah dalam bahasa Melayu di sebelah Qaisara. Kebetulan suami ada perjumpaan dengan Menteri dari Turki, di kedutaannya. Sambil tadah tangan sebelah Qaisara. Saya berdoalah dengan tertib..
"Ya ALLAH ya tuhanku, jadikanlah Qaisara anak yang baik. Anak yang mendengar kata. Anak yang taat pada ke dua-dua orang tuanya. Muslimah yang patuh pada mu ya ALLAH. Ya ALLAH ya tuhan, terima kasih ya ALLAH, kerana memberi aku anak yang sebaik ini, secomel ini, sesihat ini, secantik ini.."
"Seseksi ini.."
Saya dengar Qaisara menyampuk! Ha ha ha..aduh! Hancur doa saya tau! Rasanya mahu gelak guling-guling atas katil.
Ada ke doa macam tu Teta...ha ha..bila cerita dengan bbik. Bibik saya yang lawak tu selamba sahaja menjawab.
"Betul le umi cakap Qaisara.."
Ini lagi seorang..sama aje..dua kali lima.



Friday, October 22, 2010

JIRAN OH JIRAN..

Rumah saya ni tak ramai, bahkan yang kuat makan pun hanya Mr Seyit Kara. Tapi makanan dia dengan makanan saya dan pembantu rumah berlainan. Jadi makanan yang tak habis selalunya makanan sayalah. Kadangkala kuah asam pedas, kerepek, meehon goreng dan sebagainya.
Satu hari saya pesan dengan bibik. Kerepek dan kuih raya banyak lagi, bagilah sesiapa. Kawan-kawan dia atau pengawal keselamatan yang berada di jalan masuk ke Taman perumahan kami ini.
Jadi bibik pun masuk dalam plastik bungkus bagilah kepada rumah yang ada pembantu rumah.
Tapi...bila balik, pembantu rumah saya di tahan oleh jiran berbangsa India.
"You pergi mana. Bawak banyak bungkusan?" Tanya jiran itu.
"Pergi bagi makanan aunti dekat kawan-kawan saya.."
"Majikan kamu tahu tak?"
"Tahu auntie..."
"Betul aik kamu tak curi?"
Terperanjatlah bibik, memang selama ini dia sering memberi makan kawan-kawannya. Saya pula tidak suka melihat makan terbiar di bawah tudung saji.
"Taklah auntie.."
"Tak apalah, ingat kamu curi.."
Bibik balik dengan muka yang sedikit kecewa. Riuhlah dia bercerita dengan saya. Saya bertahu bibik sudahlah, kita mahu berbuat baik bukan senang sebenarnya. Itu hanya dugaan kecil sahaja. Asalkan kamu tidak mencuri sudah...


Thursday, October 21, 2010

MERAJUK SEORANG ISTERI

Ini kisah masa saya sakit hari itu. Suami tersayang saya bawak balikkan saya cheese nan dari kedai Idasm. Hmm..dengan riang hatinyalah. Yelah isteri tak sedap badan dan dia mungkin merasakan yang isteri dia akan sukakan.
Tapikan. dia bawak cheese nan sahaja tanpa kuah.
Macamana saya nak makan? Orang melayu bukan orang Turki, orang Turki tak perlu kuah atau sos segala kalau makan. Orang melayu, kalau tak ada sos, kalau tak ada cicah. Mana boleh telankan?



Saya suka yang ini, kalau tak ada ini pun tak apa.....


Paling kurang pun ada fry dal yang sedap ini...

Jadi saya merajuk, saya diam dan menangis dalam diam. Suami tahu kalau saya diam tidak bergerak itu tanda saya menangis dan dia akan bimbang sangat-sangat. Sebab kalau saya diam itu tahap kronik yang saya benar-benar berjauh hati.
Jadi suami ambil pati halia. Suruh saya baring dan sapukan pati halia ke badan saya. Sebab kalau saya demam, itu sahajalah ubatnya. Kemudian suami urut badan saya. Qaisara urut kaki, suami urut bahu. Ha ha.
Oh..putri saya nan seorang ini, bila dia sakit sayalah yang  tukang urut dia. Sampaikan kalau dia penat menghadap komputer. Sayalah mengurut tangan dia.
Jadi bila dia tahu saya penat, dia akan urut tangan dan kaki saya. Bukan tangan saya sahaja. Tangan bibik diurutnya. Tangannya yang lembut itu selalu buat saya gembira sangat-sangat .

Tapi bila bangun pagi, saya rasa bersalah sangat. Saya makan jugalah cheese nan itu walaupun rasa tercekik-cekik. ha haha..
Petang itu suami bawak balik cheese nan lagi tapi kali dengan kuah dal. Saya pula kebetulan sudah makan kerana kakak saya Mijah hantarkan nasi tomato.
Jadi saya biarkan sahaja dan fikir esok sahaja saya makan.
Saya jenis yang tidak suka makan terlalu kenyang.
"You nikan bila I dah beli dengan dal you tak makan pula.."
Kali ini giliran suami pula merajuk. ha ha..ha ha.
Jadi mahu dengan tidak, walau perut dah kenyang sangat saya ambil sebelah cheese nan itu dan saya makan depan suami. Masa tu sudah jam 12 malam.
Malamnya saya susah nak tidur kerana perut saya terlalu kenyang..
Ambik kau...ha ha ha


P/S Lizabujang akak cilok gambar dari blog kau ya..he he..

Wednesday, October 20, 2010

MACAM MANA YA?

Qaisara anak saya ini jenis yang suka berkawan. Yelah adik beradik tak ada, ada tak ada dia berkawan dengan saya dan bibik. Dia bukan jenis memilih kawan, dia berkawan dengan siapa sahaja terutama budak perempuan.
Tiba-tiba ada satu hari ini, kawan yang biasa tegur dan bermain dengan Qaisara tidak mahu menegur Qaisara. Mula,-mula saya tak perasan, tapi saya lihat Qaisara tidak mahu lagi ke taman. Akhirnya Qaisara memberitahu Jaja kawannya itu tidak mahu berkawan dan menegurnya.. Puas Qaisara tegur tapi budak perempuan ini buat-buat tak tahu. Selidik punya selidik rupanya, Jaja menyampahkan Qaisara sebab emak Jaja selalu memuji Qaisara cantik dan comel. Bukan emak sahaja, bahkan bapak Jaja pun suka memuji Qaisara comel.
Saya ajar Qaisara, tak apa orang tak suka, tak tegur. Mengalahlah. Tegurlah. Bagilah aiskrim atau apa untuk ambil hati. Pada satu petang, ketika uncle aiskrim datang, saya suruh Qaisara belikan Jaja aiskrim. Mula-mula Jaja tak mahu, tapi Qaisara bagi juga dan akhirnya Jaja ambil.
Sekarang ini Alhamdulilah, Jaja sudah berbaik dengan Qaisara. Bahkan Qaisara juga selalu datang ke rumah Jaja bermain dengan Jaja bersama dengan bibik. Cuma kata bibik, Qaisara dan dia ke rumah Jaja bila emak dan ayah Jaja tidak ada di rumah. Sebab apa?
‘Nanti emaknya puji Qaisara berlebih-lebih, Jaja cemburu lagi dan Qaisara jadi mangsanya..”
Kadangkala saya terfikir, apa tindakkan yang harus saya lakukan? Saya tidak mahu mengajar Qaisara perkara yang tidak baik dan saya juga tidak mahu Jaja melayan perasaan cemburunya?
Sebagai emak saya rasa Qaisara tidak bersalah, dia bukan minta dipuji tetapi orang lain memuji. Kadangkala saya terfikir kalau dari kecil Qaisara sudah menjadi mangsa seperti ini, apakah cabarannya bila dia besar nanti?


Tuesday, October 19, 2010

SAYANG SEORANG QAISER


Akan temui anda tidak lama lagi. Mulai esok kami akan siarkan sedikit sedutan novel ini di dalam blog kami. Tunggu.. Baca di novelnbkara.blogspot.com

KEPERLUAN

Keperluan anak-anak dalam hidup mereka hanya beberapa perkara sahaja. Tidak seperti orang dewasa, macam-macam keperluan dan kehendak yang harus di kejar dan dipenuhi.

Bermain-main.Terutama bila rama begini, keperluan bermain lebih tinggi dari segala-galanya. Qaisara dan sepupu-sepupunya yang datang ke rumah baru-baru ini.



Bermain lagi, sebentar tadi in-door sekarang outdoor.



Ini salah satu keperluan selepas penat bermain. Minum susu atau makan. Tidak ada susu ini Qaisara seperti tidak bernyawa. Balkish pula minum bila Qaisara minum. Botol dan susu, semuanya kepunyaan Qaisara dan Balkish hanya minum sahaja.



Tidur. Ini juga satu keperluan. Hendak tidur mengamuk, tak cukup tidur pun mengamuk. Inilah anak-anak..

Keperluan kanak-kanak meningkat bila usia pun makin menginjak. Keperluan yang dahulu hanya 4-5 ketika kecilnya akan meningkat sehingga berpuluh-puluh sehingga sukar kadangkala mahu membezakan di manakah keperluan atau kehendak?
Cuma yang pasti, keperluan ketika mati adalah kain putih dan amalan yang kata lakukan dalam kehidupan kita.



Monday, October 18, 2010

TV BARU

Saya memang jarang menonton telivisyen. Jadi telivisyen adalah kehendak bagi saya bukannya keperluan. Tetapi bagi Qaisara dan Seyit Kara, ianya satu keperluan. Telivisyen di rumah saya adalah telivisyen yang saya beli masa saya bujang dahulu. Selalu sangat kena kutuk dengan Ojan dan Akim.
"Andak ni banyak duit belilah TV baru. TV tu orang dah tak tak pakailah andak.."
Kata Ojan. Selalu kalau keluar dengan Ojan dan Akim, kami  akan masuk ke kedai menjual peralatan elektrik.
"Beli yang besar ini Andak.."
Akim pula cuba mengoda.
. Tapi saya tidak teragak pun. Tapi apabila bila bercuti di Bali dan di bilik hotel kami ada TV yang melekap di dinding, Mr Seyit Kara sudah mula memberi isyarat supaya menukar TV.
"Best ya honey tv macam ini..ha ha ha"
Dah akhirnya...

-

-
-

-


LCD TV, dah beli baru saya perasan ada LED. Tapi tak apalah. Okay jugalah ni.
Tahu tak? Saya ingat nak suprise suami. Kalau hari minggu suami selepas solat subuh akan tidur semula. Paling cepat dia bangun pukul 11 pagi.  Jadi saya suruh orang datang pasang pukul 10 pagi.  Jadi bila dia bangun, tengok TV dah terpasang mesti teperanjatkan. Tapi orang yang pasang tu datang lambat!
Sudahlah bukan orang Malaysia yang pasang. Orang Mesir!
Bila dia beri salam tanya nama saya, suami mula cuak.
Mesti dalam hati Mr Seyit Kara penuh prasangka..ha ha.
Tapi bila lelaki itu buka boot kereta dan Qaisara menjerit
"Suprise!"
Barulah muka cuak suami bertukar ceria!
.

-

-
-

Qaisara dok menunggu orang memasang TV. Tilam ini wajib ada di hadapan TV, tempat Qaisara minum susu. Qaisara jarang menonton TV sambil baring, dia akan berdiri sepanjang masa.


dan ini  hasilnya
-

-

-


Tapi bukan saya dapat pun menonton TV ni, Qaisara dengan kartunnya, bibik dengan cerita sinetron yang tak habis-habis  dan suami dengan bola.



Sunday, October 17, 2010

LAMPU

Saya beli lebih kurang lampu yang begini...


Saya memang tidak suka bergelap bahkan rasanya benci dengan kegelapan. Sebab itu saya tidak suka masuk gua. Tetapi kadangkala saya tidak suka terlalu terang. Saya perlukan sesuatu yang sederhana. Walaupun sebutir bintang, walau dengan segaris cahaya.
Jadi lampu tidur amatlah penting bagi saya.
Ada sekali lampur tidur mentolnya terbakar. Tidak keruan tidur saya.
Saya teringat kata seorang ustaz masa saya kecil dahulu. Ustaz itu pun sudah lama meninggal dunia.
"Kalau tidur, jangan tidur bergelap. Letaklah sekurang-kurangnya api pelita, kerana syaitan  mudah berkampung dalam kegelapan.."
Sampai sekarang saya tidak begitu  faham apa yang cuba disampaikan, walau saya cuba mencari hadis sahih tidak boleh tidur bergelap. Tetapi tidak pula berjumpa.
Tetapi ingat tak dulu-dulu di kampung. Ketika tidur api pelita pasti ada.
Walau matanya berjelaga, tapi ianya tetap berguna.
Beberapa minggu lepas, saya beli beberapa buah lampu salah satunya seperti di atas.
Saya letak dalam setiap bilik, supaya tetamu datang senang mereka gunakan.
Tapi minggu lepas, ramai tetamu datang. Bilik 3 yang kosong semuanya dipenuhi
Tapi tidak ada seorang pun yang mengunakan lampu ini..
Saya silap perkiraan
kerana kesukaan orang tidak sama dengan kesukaan saya..


TANAH KAMI CUBA DIRAMPAS!

Lebih 100 penduduk kampung mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan masjid Bukit Katil petang semalam kerana membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang bercadang mengambil tanah sebuah pusat asuhan tunas Islam dan surau di kampung berkenaan untuk pembinaan sebatang jalan raya.
Demonstrasi itu anjuran badan bertindak perobohan pusat asuhan tunas Islam (PASTI) dan Surau Bukit Katil

Menurut pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, penduduk kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah pusat asuhan dan surau berkenaan.
"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.
“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, PASTI dan rumah rakyat," katanya dengan berang.

Menurut Abdul Ghani, tindakan kerajaan itu disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.


Tunjuk perasaan secara aman ini bagaimanpun diarahkan oleh polis supaya dihentikan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.
Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan telah melucutkan hak rakyat.
"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah,"katanya.
Sumber Malaysia kini.


 P/S Tanah yang dibina surau itu adalah tanah keluarga saya dan ada nama saya. Kami tidak tahu apa-apa, yang kami tahu datang beberapa jentolak menolak dan menebang pokok-pokok berhampiran dan kemudian kami mendapat surat daripada jabatan tanah yang mengatakan tanah kami akan diambil a.k.a akan dirampas bersama pampasan yang akan diberi. Langsung tidak ada mesyuarah, langsung tidak ada satu wakil kerajaan pun yang datang berbincang? Apakah negara kita negara Islam sudah kehilangan adab dan sudah semakin biadap? Kenapa surau tempat solat jemaah sering diadakan, sembahyang raya dan tempat kami belajar agama beramai-ramai harus dikorbankan kerana kepentingan politik dan memuaskan nafsu individu. 
Andai kata kami kalah di dunia ini, tapi percayalah kami akan menuntutnya di akhirat.
Kami tidak laparkan harta, tidak mahu saham dunia tapi kami lebih pentingkan saham akhirat.
Kesihan dengan ayah saya yang bila mendapat surat, makan pun tak lalu.
Kadangkala saya amat takut memikirkan masa depan anak-anak nanti jika satu masa nanti mereka sudah lagi tidak boleh beribadat di surau. Dan janganlah hairan, dengan kepemimpinan yang ada, mereka ini juga akan mengharamkana laungan azan..





Saturday, October 16, 2010

KUIH APAM


Kuih apakah ini?
saya beli dipasar malam. Rasanya ramuan dia  telur, gula dan tepung sahaja.
Di tulis di situ namanya kuih apam___  apa ya? Saya dah lupa nama penuh kuih ini bersama binti/binnya. Ha ha ha.
 Harganya RM1.30.
Kenapa ada 30 sen ya dibelakangnya? Baik tak letak RM1.29. He he..
Kemudian ditabur dengan kelapa.
Nak kata sedap, tak tahulah. Tapi kelapa itu membuatkan kuih ini kurang sedap.
Sebab pakai kelapa tua. Kalau kelapa muda mesti sedap, letak gula sikit.
Macam-macam kuih orang reka sekarangkan?
Cuma sediakan duit.
Ada duit semua boleh jadi...

Friday, October 15, 2010

CUBA YANG INI..

Macam mana mahu tidur yang tenang dan mudah?
Ada yang suka menonton telivisyen dan tertidur di hadapannya, ada yang suka mendengar muzik dan ada yang suka membaca novel.
Tetapi kadangkala bila kita bangun, kita akan menjadi tambah celaru dan kadangkala stress.
Para pembaca boleh mencuba cara ini
Memang kerap saya mempraktiskan perkara ini bila susah tidur..
Saya akan membaca, tetapi biasanya tafsiran Al-Quran atau Surah Yassin.
Saya membaca dengan perlahan sehingga saya terlelap.
Bila bangun fikiran jadi tenang dan lega.
Sebenarnya otak kita tidak pernah tidur. Otak menjalankan aktivitinya walapun tidaklah sibuk seperti bila kita tersedar.
Jadi apabila kita mahu tidur, kita  mendengarkan musik, television dalam keadaan hidup atau lampu ruangan sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap
diterima oleh indera pendengaran dan penglihatan kita.
Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembus kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata. Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehat terpaksa bekerja.
Tetapi apabila kita membaca yassin dan ayat Al-Quran
Ianya terakam di kepala kita sepanjang kita tertidur dan menemani sepanjang tidur kita
Ianya menjadi tidur kita aman dan bangun dengan lebih tenang..




Thursday, October 14, 2010

DI SERANG..

Sedih sungguh hati saya bila pagi-pagi bangun tengok pokok saya macam ini rupanya. Aduh..kasihan bila memikirkan pokok ini tidak dapat mempertahankan dirinya daripada diserang habis-habisan.


Oleh binatang yang durjana ini! Bukan seekor tapi berekor-ekor. Berpuluh-puluh ekor!


Sedangkan sebelum ini pokok bunga saya ini begitu cantik dan indah sekali. Pokok yang selalu saya belai dan puji kerana rajin berbunga. Aduhhh...rasa nak menitis air mata tau!


Huh! Padan muka kau ulat-ulat durjana. Sudah saya sembur dengan racun sebab tak sempat nak blend bawang dan cili. Akhirnya gugur menyembah bumi...

HUJAN PUN MENARI


Sudah berada di pasaran dengan harga RM29.50 Semenanjung Malaysia atau RM32.50 untuk Sabah/Sarawak. Kalau mahu membaca sedikit sedutan novel ini cuba layari novelnbkara.blogspot.com.