Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 31, 2010

CAM TU RUPA PAYUNG?

"Qaisara buat apa tu?"
"Melukislah umi.."
Sejak akhir-akhir ini memang Qaisara suka melukis. Entah apa-apa yang dilukisnya. Orang lidilah, rumahlah. Oh..rumah yang dilukis oleh Qaisara mesti bersegi-segi.
"Melukis apa?"
"Orang tengah dancelah umi.."
"Oh..iye.."
 Iye..iye le si Teta ni melukis orang tengah menari. Boleh percaya ke?
"Iyelah umi.."
"Bak sini umi nak tengok.."
"Japlah..Teta tengah lukis payung "
(saya sebenarnya terlupa nak ambil gambar si Qaisara tengah dok khusyuk melukis). ha ha..
Tidak lama kemudian siaplah hasil karya si Qaisara..
-

-
-

-

-
-
 Tadaa......

Ha ha ha....okay jugalah ya..
"Tapikan..kenapa payung yang perempuan tu pegang, macam tu rupanya Qaisara?"
Kami berdua ketawa..Ha ha ha ha..


Monday, August 30, 2010

MARAH SEORANG IBU



Beberapa hari yang lepas, Qaisara leka menonton Upin dan Ipin di komputer dalam bilik saya. Ketika itu sudah pukul 10 malam. Saya tanya dia sama ada mahu ke bilik air atau tidak?Dia menjawab tidak mahu.. Saya lihat jam di dinding. Biasanya Qaisara akan buang air waktu begini.
Apabila suami yang baru balik dari bersolat terawikh memberi salam, pantas sahaja dia mendapatkan babanya. Dua beranak ni kalau berjumpa, tahu sahajala. Kebetulan ketika itu video upin dan ipin sedang menyanyikan lagu. “tanam-tanam ubi..” Jadi dua beranak inipun menari sama.
Dua beranak ini memang selalu berballey dancer, berzapin, berballet dan sebagainya. Kadangkala saya join sekali. Ha haha..aktiviti keluarga!.
Selepas selesai, suami masuk ke bilik air. Mahu mandi, tahu sahajalah suami saya itu. Bergerak hanya seminit dua pun sudah berpeluh. Qaisara pula tiba-tiba menjerit.
“Umi Teta tak tahan ni, Teta tak tahan ni.."
Belum sempat saya buat sesuatu. Dia sudah membuang air di tengah-tengah bilik. Apa lagi anginlah saya. Selama ini tidak pernah sekali pun dia membuang air merata begitu. Ketika umurnya 3 tahun, dia sudah pandai ke bilik air dan duduk di tandas.
“Teta ni kenapa!”
Saya menengking dia sekuat hati saya. Aduh, kalau buang airnya sikit tak apa. Banyak! Sambil membawa mop sambil itulah saya memarahi Qaisara. Yelah pukul 10 malam, kena bersihkan rumah! Dia hanya terpaku sambil terhinggut-hinggut bahunya menangis dalam senyap. Amat jarang saya marahkan Qaisara, biasanya kalau dia menangis saya hanya diam sahaja sehinggalah dia senyap. Tetapi kalau saya sudah marah Qaisara memang benar-benar takut.
Mendengar saya yang betul-betul meradang itu Qaisara sudah turun kebawah mendapatkan bibik. Lagilah saya angin, sebab takut air kencingnya menitis dan terpaksa mengemop satu rumah.
Dia kemudian dimandikan bibik dan ditukarkan baju. Tidak lama kemudian dia naik ke atas, saya jeling padanya yang meleleh air matanya. Suami yang baru keluar bilik air bertanya apa yang berlaku dan memujuk Qaisara. Selepas selesai saya membersihkan lantai bilik dan tempat di mana Qaisara pijak, saya pun ke bilik air untuk mandi.
Keluar dari bilik air Qaisara sudah berbaring di katil sambil tersedu-sedu dan menjeling-jeling saya.
“Umi Teta minta maaf umi, Teta minta maaf..”
Aduh, sedih sungguh hati saya melihat Qaisara yang sudah meleleh air matanya. Kemarahan saya mencair 100 persen. Marah saya hilang melayang. Saya usap air matanya dan cium pipinya.
“Tadi..Teta ingat Teta boleh tahan, tapi tak boleh..”
Qaisara sudah meraung sambil memeluk saya.
Hendak ketawa pun ada, kesian pun ada. Saya balas pelukan dia.
“Bukankah umi dah tanya. Qaisara nak pergi tandas ke tidak? Kenapa ditahan-tahan. Boleh berjoget-joget dengan baba lagi. Lain kali nak menari ke, nak buat apa ke pergi tandas dulu.”
Beritahu saya. Qaisara hanya mengangguk sambil tangannya memeluk saya.
“Sorry umi ya, Teta tak buat lagi. Sorry ya...”
Penghabisan saya menangis mendengar kata Qaisara yang begitu tulus itu. Benarlah kata orang, bagaimana marah seorang ibupun, seorang ibu tidak akan sampai hati berdendam dengan anaknya.



Saturday, August 28, 2010

TAK ADA

Hari ini tak ada entry makan, sebab tuan blog sakit gigi..ha ha ha (boleh ketawa lagi).
Bangun pagi dua tiga hari lepas rasa gigi sengal aje..
Tapi saya biarkan. Oh saya memang sedikit pelik, saya kadangkala mahu rasa sakit.
Jadi saya biarkan supaya saya menikmati rasa sakit itu.
Ada ke macam tu?
Entahlah..masa saya selesai dioperasi ketika melahirkan Qaisara si sebuah hospital pakar.
Ada beberapa kali jururawat bertanya, apakah saya mahu suntikan penahan sakit
saya kata tak mahu dulu.
Saya mahu merasa sakit itu, kalau saya tidak tahan baru saya minta suntikan.
Kermudian doktor pula masuk dan tanya soalan yang sama.
Nak tak suntikan penahan sakit, saya kata belum lagi biarkan.
Bila saya sudah tidak tahan sakit..baru saya minta suntikan. Itupun selepas 10 jam.
Dan sekarang saya sakit gigi..
selagi kepala rasa tidak tercabut, saya biarkan
selagi boleh berjalan-jalan saya tidak peduli ( masih sempat berjalan2 di Parkson Melaka)
Tapi sakit gigi ini menghilangkan selera makan
Bahkan mahu melihat gambar makan pun rasa macam tak lalu aje...
Kalau makan pun kurang..
Jadi harap-harap berat badan pun kuranglah..
kih kih kih..

Friday, August 27, 2010

CEPATNYA..

Kalau bulan-bulan puasa ni, mesti ada kenangan dan cerita yang kita bawa sampai sekarangkan. Begitu juga suami. Suami saya ni kadangkala suka juga cerita masa silamnya yang kadangkala agak merepek.
"Honey you tahu tak, di Turki solat sunat, solat Isyak dengan solat terawikh semuanya yang disatukan lebih 30 rakaat tau.."
Saya mendengar suami bercerita. Yela, solat terawikh dengan witir sudah 23 rakaat belum lagi masuk solat isyak.
"Cuba awak bayangkan, kadangkala kalau tiba musim panas. Berbuka puasa pukul 9 malam dan sahur habis dalam pukul 3. Baru habis solat terawikh dan bersahur.."
Wah..teruk jugalah. Memang syukurlah duduk di Malaysia, waktu berbuka dan sahurnya hampir sama setiap tahun.
"Jadi bila solat terawikh tu kami carilah yang mana Imam bersolat dengan cepat.."
"Ada ke?" tanya saya.
"Ada honey, ada seorang Imam itu kami gelar dia Mahmet Jet.."
"Mahmet Jet?"
"Yelah..awak tahu tak. Iman ni nama dia Mahmet, dia solat sunat terawikh macam Jet. Cepat aje habisnya.."
Suami sudah ketawa saya juga.
"Kami kalau lepas berbuka masing-masing berebut-rebut nak pergi masjid yang Mahmet Jet jadi imam. Kalau sesiapa pakai sarung, nak betulkan sarung. Tak sempat dah.Mahmet Jet dan bagi salam tau.."
Ha ha ha..besar ketawa saya mendengar cerita suami. Macam-macam ceritakan. Tapi kata suami Mahmet Jet sudah meninggal dan Imam yang mengantikannya tidak laju seperti jet. Lajunya seperti  keretapi sahaja.
 Tetapi pokok persoalannya, kalau solat pantas begitu bagaimana menjaga bacaan dalam solat itu? Agaknya imam itu hanya membaca yang rukun sahaja, seperti Al-fatihah dan tahiyat akhir. Berbaik sangkalah..

Mungkinkah Imam Mahmet mengimamkan solat terawikh laju seperti Jet?

Thursday, August 26, 2010

PESANAN


“Nak jadi penulis bukan mudah…”
Pak Cik Jilani yang baru balik daripada membuat rumah sebentar tadi, sudah duduk di sebelah Hajar.
Lelaki itu memang bekerja mengambil upah membuat rumah. Syukur kerana sejak akhir-akhir ini tanah orang kampung dibeli oleh kerajaan untuk dibuat jalan. Jadi, dialah yang dipanggil orang kampung untuk membesarkan rumah dan juga membina rumah yang baharu.
“Susah ke abah?”
“Susah. Menulis ni tak boleh sesuka hati. Penulis ada tanggungjawabnya sendiri yang perlu dipikul. Mereka membawa amanah ALLAH. Kadangkala satu perkataan yang ditulis, akan membawa kegembiraan dan ada juga yang akan membawa kemusnahan.”
Terkebil-kebil mata Hajar mendengar kata-kata abahnya itu. Memang abah selalu mengatakan susah sebenarnya untuk menjadi seorang penulis. Sangka Hajar, susah itu lebih kepada mencari idea dan juga menyusun ayat. Rupanya definisi susah abah itu amat berbeza sekali.
“Musnah macam mana, abah?”
Hajar tahu, penulisan merangkumi macam-macam genre. Novel, skrip drama, skrip filem, buku cerita kanak-kanak dan bermacam-macamlah. Hajar tidak mahu menjadi penulis buku kanak-kanak. Dia tidak suka. Dia lebih suka menulis seperti Arenawati, Shahnon Ahmad, Usman Awang dan Khadijah Hashim. Sekarang tidak ramai penulis wanita dan dia mahu menjadi penulis wanita yang berjaya.
“Kadangkala penulis memfitnah orang melalui tulisannya kerana mahu popular dan melariskan tulisannya. Sudah sifat semula jadi manusia, suka mendengar fitnah sedangkan apa yang ditulis belum tentu betul. Inilah tugas penulis. Mereka tak boleh menulis untuk menjatuhkan orang lain, jauh sekali menyakiti hati individu yang tertentu.”
Lembut sahaja kata-kata Pak Cik Jilani. Hajar menganggukkan kepalanya tanda faham.
“Tapi Arenawati menulis mengenai pengalaman dia balik kampung di Makassar, abah. Kita tahu macam mana orang-orang Makassar menyambut tetamu. Hajar suka baca.”
Terang Hajar. Tersenyum Pak Cik Jilani mendengar kepetahan si anak bercakap. Anak yang lebih suka membaca dan setiap hari ada sahaja bahan bacaan di tangannya.
“Yang macam tu, tak apa. Bagus menulis macam tu. Mengajar orang berbuat baik dengan tetamu. Memberi pengetahuan kepada orang lain yang tak tahu bagaimana keadaan di Makassar. Hajar tahu tak, penulis ini mempunyai pengaruh yang cukup besar. Orang yang suka dengan isi bacaan mereka akan mengikut apa sahaja yang ditulis oleh penulisnya. Tulisan yang baik akan diingati walau penulisnya sudah meninggal dunia.”

P/S kenapa saya keluarkan sedikit petikan dari buku saya ini? Sejak akhir-akhir saya amat sedih dengan senario penulisan tanah air yang mengenepikan tata tertib dalam berkarya. Saya tidak menyalahkan penulis muda ini kerana mungkin kurang bimbingan. Ketika saya mula-mula menulis pun, tulisan saya amat kosong tetapi saya menyalahkan individu yang terlibat yang menerbitkan karya-karya yang menyebabkan karya popular dilabelkan sebagai picisan dan tidak bermoral. Kadangkala tajuknya sudah tidak bermoral, apatah lagi isi di dalam. Bahkan paling menyedihkan buku yang diangkat sebagai bestseller belum tentu mempunyai kualiti sebenar. (teringat status penulis lelaki Joan Norafizan di facebook yang tergaru kepala melihat lambakan novel di pasaran)
Ingatan saya pada penulis muda, menulislah dengan tanggungjawab bukan kerana 'syok sendiri' atau kerana telunjuk individu tertentu. Menjadi popular sekejap memang seronok tetapi kesannya berpanjangan. Menulislah kerana ALLAH dan ingin menyampaikan pesanan.

Wednesday, August 25, 2010

JADI NENEK..

Minggu lepas Bintik macam letih sahaja, berjalan pun tak mahu. Kami periksa kakinya. Takut ada luka sebab kami memang selalu lepaskan dia di padang. Sebab nampak dia berjalan macam tak larat.  Tapi tak jumpa luka di kaki bintik. Jadi kami bawa di ke doktor.


Doktor comel ini memang ada beberapa kali merawat Bintik dan di klinik ini kami beli Kentang Jantan menggantikan Kentang yang telah mati di makan kucing. Klinik ini dekat sahaja dari rumah, ada service 'hotel' untuk binatang.


Doktor dengan pembantunya memeriksa Bintik. Mula-mula check kakinya, kemudian check perutnya.
"Macam ada buah anggur ni"
Kata doktor comel ini. Perlahan-lahan dia meraba perut Bintik.
"Dia bunting, dalam sebulan nanti beranaklah.."
Kata doktor mungkin Bintik akan due pada 15hb. Alamak..15hbkan masa raya. Bibik pula pulang ke Indonesia. Alamat nanti saya masukkan Bintik ke hospital bersalin binatangla  ha ha.. semalam RM12. Tapi doktor pun nak rayakan.


Sebelum pulang sempat Bintik bergambar dengan doktor comel ini. Tak lama lagi jadi neneklah saya..ha hah haha.



Tuesday, August 24, 2010

KAJIAN

Satu kajian dijalankan sebuah laman web di Britain mendapati, pasangan yang sudah berkahwin selama 50 tahun atau lebih, hanya bercakap satu sama lain selama tiga minit bagi setiap sejam. Percakapan mereka biasanya pada waktu makan tidak melebihi 150 perkataan.
Kajian turut mendapati pasangan kekasih menghabiskan 50 minit sejam untuk bercakap, pasangan berkahwin 10 tahun, 29 minit.
"Jelas sekali perkahwinan yang panjang ‘membunuh’ minat untuk bercakap,” kata laman web itu.


Betul ke kajian ini.?
Saya rasa macam ada yang tak kena? Mungkin kajian ini kajian di barat di mana manusia sentiasa berlari mengejar material. Berbanding dengan suasana di sini di mana pasangan suami isteri tampak lebih akrab melakukan perkara bersama, walau sudah berusia.
Ayah dan emak tiri saya sudah berkahwin lebih 30 tahun. Ayah saya suka bercakap, emak tiri saya juga begitu. Mereka saling berinteraksi dan kadangkala kalau mereka berdua bercakap macam ada 10 orang,
Saya sendiri tidak lama berkahwin, baru 8 tahun. Tapi setiap hari kami pasti bercakap, kalau tidak bersua muka pasti bertelefon dan kadangkala melalui YM. Perbualan pelbagai tapi yang pasti setiap pagi atau malam, saya akan duduk sebelah suami yang sedang membaca akhbar online Turki. Saya akan menyibuk sama bertanya itu ini, suami akan sabar melayan. Kalau saya tidak ada suami akan terjerit-jerit memanggil saya jika ada berita yang boleh dikongsi bersama.
Pengalaman saya, semakin lama saya berkahwin dengan suami. Semakin banyak kami berdua bercakap, merepek dan semakin banyak yang kami kongsi bersama.


Monday, August 23, 2010

PEKERJA MYDIN KURANG ADAB

Minggu lepas saya ke Mydin Kajang. Bibik yang mahu pulang ke Indonesia bercuti raya mahu membeli Milo untuk dibawa pulang. (Sebenarnya Milo di Mydin tidak adalah murah sangat pun). Ketika itu Mydin Kajang tengah sibuk mengadakan ubaih suai di bahagian makanan.
Saya naik di bahagian perkakas rumah dan saya berhenti di tempat plastik sampah.
"Bik kita beli plastik untuk najis arnab.."
Ya setiap hari sangkar arnab harus dibersihkan, najisnya pula banyak dan harus dibuang di dalam plastik sampah. Ketika membelek plastik sampah ada satu bungkusan yang sudah dibuka dan teburai isi perutnya. Bibik menarik salah satu plastik tersebut untuk memeriksa ketebalannya.
"Weh..jangan bukaklah.."
Seorang pekerja yang ada di situ menengking bibik dengan kuat sekali. Saya terperanjat begitu juga bibik.
"Dah terbuka tadi, saya tengok sahaja..' balas bibik perlahan.
"Kalau dah terbuka pun, janganlah buka lagilahhh.."
Sekali lagi pekerja itu menengking. Syurrr..saya sudah mula angin di bulan-bulan puasa ini.
"Plastik tu dah terbuka, dia tengok aje.."
"Memang saya tahu dah terbuka, tapi yang awak tarik keluar buat apa? Tak boleh, tak bolehlah.."
Pitch perempuan tu begitu tinggi sekali. Pitch dia tinggi pitch saya pun tinggi jugalah (he he he)
"Kalau benda ni dah terbuka, dah terburai. Sudah pasti kami ingat boleh tengok dalamnya. "
Perempuan itu datang dan merampas plastik tersebut dari tangan bibik.
"Awak nikan macam mana layan pelanggan, kalau pelanggan lari kerana awak macam mana? Mana customer service saya nak komplen pasal awak?"
Tahap marah saya memang sudah limit. Melihat muka saya yang benar-benar marah pekerja itu diam sahaja.
Bagi saya bukan sekali dua saya menghadapi perangai pekerja Mydin yang kasar begini. Acap kali. Jarang amat saya jumpa pekerja yang berbudi bahasa di mana-mana store Mydin. Paling saya kesal yang berbudi bahasa adalah bangsa asing seperti pekerja bangladesh. Tapi pekerja melayu amat menyedihkan. Menjerit-jerit, jarang tersenyum bahkan di bahagian cashier pun selalu acuh tak acuh dengan pelanggan terutamanya pekerja perempuan.
Apakah kerana Mydin menjual barangan murah, maka maruah pembeli seperti kami diperendahkan.
Sedangkan yang masuk di mydin itu bukan orang berpendapatan rendah sahaja, tetapi yang bergaji lebih lima angka dan ada yang lebih 10 kali ganda lebih besar dari gaji pekerja di situ.
Bahkan bagi saya, walau yang berbelanja di Mydin seorang tukang sapu sampah pun, dia harus dilayan dengan baik dan saksama kerana merekalah yang banyak menyumbang pendapatan pada syarikat Mydin.
Kepada pihak pengurusan Mydin, saya berharap supaya para pekerja dihantar latihan bagaimana mahu melayan pelanggan dengan baik dan sopan.

Sunday, August 22, 2010

TOMBONG KELAPA


Bulan-bulan puasa ini apa yang saya rindu?
 Kalau makanan saya rindukan tombong kelapa?
Ha ha..mesti ada orang cakap. Tak ada benda lain ke nak rindu.
Tombong kelapa?
Hmmm..tak tahulah dari kecil sampai besar saya sukakan tombong kelapa.
Bulan puasa kalau nak buat dodolkan kena kopek kelapa. Kelapa tua yang banyak santannya.
Bila kelapa tua, sudah pasti ada tombong.
Hmm..saya akan mengumpul tombong ini dibuat berbuka puasa.
Orang lain tak hairan pun tombong ni, kalau saya tak ada tombong ini dilempar, bagi ayam makan.
Bila azan berbunyi sahaja.
Benda inilah yang saya makan dulu.
Saya suka tombong yang kecil macam di atas tu.
Sedap dan lemak.

Tombong yang besar ni pun saya suka
tapi agak bergabus dan berair.
Dulu masa kecik-kecik, arwah emak selalu usik saya.
"Kau makan tombong nanti kat punggung kau keluar tombong."
Alamak cuak juga masa tu.
Iyeke?
Tapi sampai sekarang saya dok tunggu tombong keluar tak juga keluar-keluar.
Ha ha ha...
Kalau balik kampung sekarang
adik saya Nurul yang terror kopek kelapa jumpa tombong ini.
Dia pasti akan tanya saya.
"Kak Tie, ada tombong nak tak?"
Dan pasti saya akan mahu..
Tak tahulah sampai bila saya suka  tombong
tapi pastinya, tombong sama nilainya dengan cincalok bagi saya.
ha ha ha..orang tua klasiklah katakan!

P/s semua gambar dari pak cik google ya!

Saturday, August 21, 2010

FETTUCCINE OLIO

BAHAN-BAHAN
1 bungkus fettuccine masak mengikut arahan di bungkusan.
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
10 ekor udang sederhana besar
Sedikit isi ayam dihiris
Timun jeruk dihiris halus
Buah zaitun jeruk tanpa biji dihiris
Serbuk perasa
Daun bawang-pilihan
Daun parsley-pilihan
Cili merah yang di potong halus
garam

CARA-CARA
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yg telah dicincang. 
Masukkan ayam dan kemudian udang goreng sehingga masak.
Masukkan buah zaitun jeruk dan timun jeruk.
Masukkan fettuccine, daun bawang, daun parsely, cili garam dan  perasa.
Gaul rata.
Hidangkan panas.

SELAMAT BERBUKA PUASA ALA ITALI..
 .


Friday, August 20, 2010

TANGGUNGJAWAB KITA

Sejak akhir-akhir banyak contoh saya lihat. Anak lelaki melepaskan tanggungjawab menjaga ke dua ibu bapa selepas mereka berkahwin.
Bukankah tanggungjawab anak lelaki apabila sudah berkahwin tidak akan putus terhadap kedua ibu bapanya?
Kenapa anak lelaki bila sudah berkahwin, lupa tanggungjawab tersebut.
Sebenarnya..
Tanggungjawab mengingatkan anak-anak lelaki untuk ingat kepada ibu bapanya selepas berkahwin. Adalah tanggungjawab kita sebagai isteri.
Isteri bagi saya harus mengingatkan suami untuk pulang melihat ibu bapa, menjaga kebajikan mereka dan bertanya khabar apakah ibu bapa sihat. Isteri yang baik adalah cermin untuk suaminya menjadi baik.
Saya sudah tidak mempunyai emak dan ayah mertua. Tetapi saya yang selalu mengingatkan suami.
“Hari ini awak sedekahkan Al-Fatihah tak untuk arwah emak dan ayah awak?”
Selepas melihat suami usai bersolat. Ya untuk arwah emak saya, jika ada waktu terluang. Saya pasti sedekahkah beliau dengan Al-Fatihah. Apatah lagi apabila saya rindukan dia.
Setiap tahun kalau ada majlis tahlil saya yang akan meletakkan nama kedua-dua arwah emak dan ayah mertua saya. Kalau ada mana-mana orang membuat wakaf Al-Quran, saya pastikan selain mewakafkan untuk arwah emak saya akan pastikan untuk arwah emak dan ayah mertua pasti ada.
Selalunya suami tak tahu pun. Selepas selesai saya buat, baru saya beritahu suami.
Mungkin ada orang mengatakan, macam baik sangat?
Tetapi itu kenyataannya.
Saya sentiasa ingat tiga orang ini arwah emak, ayah mertua dan emak mertua.
Walau tak pernah jumpa ayah dan emak mertua. Tetapi mereka ada hubungan dengan suami saya.
Bahkan sampai sekarang bila suami bercerita bagaimana emaknya menyuruh suami berkahwin dengan saya dan melihat lambaian tangan terakhir emaknya.
Saya akan pasti menangis.
Selain itu bukan sahaja kebajikan ayah dan emak mertua yang harus kita jaga.
Kebajikan adik beradik suami juga.
Ada seorang adik suami yang agak susah.
Jadi tugas saya mengingatkan suami membantu adiknya. Tahu sahajalah lelaki ini. Kadangkala sepuluh kali kita ingatkan pun, dia buat tak faham.Kadangkala saya sendiri geram dan pernah berkata. Lantaklah..itu adik dia . Bukan adik saya. Tapi bila ingat adiknya yang baik terhadap saya. Masakan kita akan biarkan sahaja.
Kalau dah selesai tugas kita sebagai isteri, terpulanglah pada suami.
Kalau masih buat endah tak endah terhadap ibubapanya.
Berdoalah banyak-banyak supaya hati suami dilembutkan.
Tapi saya percaya, suami bila sudah berkahwin lebih mendengar kata isteri dari ibubapanya.
Jadi sebagai isteri..
Kita adalah sebahagian dari puncanya.
Teringat saya syair arab yang saya baca dalam majalah MUSLIMAH
"Ada tiga perkara yang boleh membawa kebahagian, rumah yang lapang, kereta yang tidak rosak dan isteri yang setia/baik"



Thursday, August 19, 2010

KISAH RAMADHAN SAYA

Sana sini orang bercerita mengenai bulan puasa, terutama waktu orang berbuka.
Di Fb macam-macam makanan waktu berbuka ditepek bersama.
Saya sendiri sebenarnya tak tahu nak cerita apa pasal bulan puasa ini.
Waktu berjalan macam biasa.
Cuma rajinlah sikit mengaji sebab cuba khatam Al-Quran. Sekarang batuk-batuk, sakit tekak. Tapi itu bukan halangan..
Tahu tak, pernah adik ipar saya yang tinggal di Belanda
Suruh saya dan suami baca surah-surah tertentu kerana dia orang bertadarus di sana dan masukkan nama kami sekali.
Boleh ke macam tu? Ha ha..
Berbuka kami macam mana? Alah biasa-biasa sahaja. Satu dua lauk macam hari biasa. Kadangkala masak ikan merah asam pedas, ikan tenggiri sezhuan. Itupun masak 4 keping tak abis.
Setakat saya menulis ini saya tak pernah beli pun makanan dipasar ramadhan. Cemuih saya nak pergi pasar ramadhan yang serba mahal dan tak sedap.
Semuanya masak sendiri. Kuih manis pun masak sendiri, kadangkala puding kastard, kuih koleh dsb.
Kuih-kuih ni masak setalam kecil boleh makan 2-3 hari. Itupun dah bagi jiran atau kawan bibik.
Suami cakap nak diet masa bulan puasa ni. Mungkin dia dah bosan, lari 10 kali di padang tak kurus-kurus.
Macam mana nak kurus, makan selalu lambat pukul 10 malam. Makan pun begitu berselera.
Bulan puasa ni bila saya letak makanan lebih dalam pinggan dia.. Dia cakap saya nak bunuh dia. Ha ha ha.
Esok kata dia,  bila dia mati saya kahwin lain. Kih kih kih.
Macamlah saya ni cantik sangat Ling.
Sahur saya makanan yang dipanaskan waktu berbuka. Kadangkala makan dengan cincalok, cili api dan bawang. Cukuplah...
Suami biasanya makan yaprak yang dibeli di kedai Turki (dalam tin), tuna dengan roti atau keju. Ringkas sahaja.


Yaprak.

Itu cerita berbuka puasa dan bersahur kami.
Cuma sedikit sedih bila dengar tahun ini Ojan minta nak beraya di Melaka pagi raya. Sebab dah 15 tahun dia beraya di Kelang.
Tapi kami faham. Di Kelang keluarga ayah Ojan tak ramai adik beradik.
Tak macam kami, 8 orang adik beradik. Berdedai-dedai. Orang datang pun ramai nak macam nak pecah rumah. Ha ha ha..
Bila cerita pasal Ojan dan Akim..rindu pulak nak berbuka puasa dengan mereka berdua...sob sob sob..



Wednesday, August 18, 2010

SIPUT SEDUT SI TETA...

Entah dari manalah anak saya ini  keturun makan makanan klasik macam ini. Ha ha..sudah tentu dari uminyakan. Berhari-hari Qaisara pesan nak makan siput sedut. Bila dapat di pasar Kajang, dia sanggup tak bersarapan pagi mahu menunggu lauk siput sedut saya ni. Siput sedut biasanya beli taklah cantik macam ni. Selalu berlumpur. Tapi nak bersih dan cantikkan siput, mula2 bersihkan dengan air biasa. Potong buntut siput dengan belakang pisau dan kemudian gesek dengan hampas kelapa. Buat beberapa kali dan bilas dengan air.


Biasa orang masak dengan keladi, tapi kadangkala dapat keladi yang gatal. Orang sekarang berniaga bukan jujur pun. Ditariknya keladi tepi longkang entah mana, dijualnya. Saya pernah terkena dan serik nak makan keladi ke, batang keladi ke. Bila dah gatal. Satu periuk kena buangkan. Jadi saya tukarkan pada labu. Labu bukan sahaja tak gatal tapi menjadikan kuah bertambah sedap. Tak mahu angin makan labu. Rebus labu itu dahulu dan buang airnya. Basuh lagi. Insya-ALLAH tak angin.


Siput yang sudah siap di masak lemak. Kuah dia yang manis membuat anak dara saya mengambil kelongsong siput dan menceduk kuah,  menghirup  tau. Ha ha..


Qaisara belajar sedut siput. Tapi sedut-sedut tak keluar. Umilah dia yang sedut dan suapkan dengan nasi berisi labu. Satu pinggan besar dia makan. Qaisara ni punya perangai kalau dia nak makan, dia akan sebut bila dah dapat makan. Itu sekalilah dia makan sehingga dia teringat lagi seminggu dua lagi.



Lepas makan, tukar baju..
"Umi Teta mantuk tak tahan ni.."
Tapi saya dera dia berjalan-jalan dulu keliling sofa, keliling ruang tamu supaya nasi turun sampai ke perut. Saya dan bibik memang tak benarkan dia tidur selepas makan.
Tapi bila dapat tidur tak bergerak-greak, puas hatilah dapat makan siput masak lemak. ha ha ha..




Tuesday, August 17, 2010

RISAU TAK?


Saya nak tanya pada ibu-ibu yang membaca blog saya. Risau tak kalau anak yang baru berusia 4 tahun datang pada kita dan berbisik ketika bermain di padang.
"Umi, budak yang pakai baju biru belang-belang tu handsomekan?"
Aduh..ketika pertama kali Qaisara melakukan begitu hati saya berdebar kencang!
Normal atau tidak Qaisara ini.
Kalau ikutkan saya dahulu masa usia Qaisara masih main tembak-tembak dengan budak-budak lelaki.
Tidak pernah rasa malu dan suka dengan kawan berlawanan jenis.
Saya ingat saya rasa malu dan berdebar berhadapan dengan lelaki ketika usia saya 12 tahun.
Kemudian apabila berada di tingkatan satu, saya lagi malu dan tidak pernah menghiraukan mana-mana lelaki
Tapi entah macam mana bila berusia 15 tahun teman lelaki sudah melebih sedozen. Itu cuma teman.
Bila ada teman lelaki yang mengatakan sayang kat saya. Saya rasa menyampah sungguh..ha ha.
Oh..saya dah melalut. Berbalik semula pada Qaisara.
Bila saya cakap budak baju biru berbelang putih itu tidak handsome dia marah.
Bila saya cakap Anas anak jiran saya yang bermata bulat itu handsome dia menafikan.
"Teta tak suka, rambut dia terpacak-pacak.."
Aduh..Qaisara ada pawaian dia sendiri. Bila tengok kanak-kanak lelaki dia akan komen.
"Dia tu handsome tapi hitamlah umi.."
Alah..alah. Logikkah budak 4 tahun apabila dipuji oleh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Qaisara akan menjawab.
"Umi, budak tu puji Qaisara cantik. Malulah Teta.."
Aduh..aduh. Baru 4 tahun hati saya sudah bimbang dan berdengup kencang.
Cuba bayangkan 10 tahun lagi.
Mahu hari-hari saya sakit jantung!



Monday, August 16, 2010

TETA BERPUASA

Sehari sebelum puasa malam itu saya sudah bercerita dengan Qaisara kenapa kita perlu puasa.
"Qaisara tahu dulu ada kawan umi nama Abu" (mereka cerita aje).
"Kenapa umi..'
"Dia miskin sangat, dia tak ada duit nak beli makanan. Dia tak ada mak, dia tak ada ayah. Dia duduk tepi jalan.."
Qaisara memang suka mendengar cerita jadi terangguk-angguklah dia.
'Lepas tu umi.."
"Hmm..dia cuma minum air sahaja. Tak ada duit sayang nak makan, sayang tahu tak kalau kita lapar tak makan macamana sakit tak perut kita?"
"Mesti sakit umi.."
"Sebab itu kita kena puasa sayang, .."
"Heasy umi kitakan ada duit untuk beli makanan, kenapa nak puasa pulak.."
Dah tahu mesti soalan itu akan ditanya oleh Qaisara.
"Supaya kita tahu betapa susahnya Abu, supaya kita kasihan dekat dia dan bersedekah dekat dia.."
Beritahu saya. Qaisara macam faham dan siang itu apabila mengambil dia dari tadika, dia beritahu sepanjang bulan puasa di sekolah tidak akan ada makanan.
"Cikgu pun tak kasi bawa bekal dan air umi.."
Baguslah bagi saya biar Qaisara belajar berpuasa secara perlahan walau dia baru berusia 4 tahun. Sekerat hari pun tak mengapa.
Hari pertama berpuasa, guru memuji-muji Qaisara dengan mengatakan Qaisara bagus, tidak makan dan minum sepanjang di sekolah. Tersenyum-senyum dia bila dipuji.
Tetapi bila masuk sahaja di dalam kereta Qaisara sudah menjerit.
"Bibik, umi..mana susu..susu.."
Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu rumah, Qaisara sudah membaringkan diri macam ikan paus terdampar di tepi pantai (teruk sangat perumpamaan saya)
"Umi Teta lapar umi, Teta lapar.."
Ha ha ha..aduh Qaisara, Qaisara orang berpuasa juga tetapi tidaklah seteruk dia!


Sunday, August 15, 2010

MAKAN DI PASAR MELAKA

Bulan puasa letak gambar makan? Ha ha..ini gambar saya makan di pasar besar Melaka minggu sudah. Masa tu belum bulan puasa lagi. Kalau balik Melaka, macam wajib pula pergi pasar dan makan di tingkat atas pasar tersebut.


Ini nasi gunting yang saya pesan tapi dimakan oleh kakak saya. Tidak tahu mengapa rasanya macam sudah lain daripada nasi gunting yang dahulu. Nasi gunting ni saya tidak tahu dari mana dapat namanya, tetapi mungkin disebabkan tuan kedai menggunakan gunting memotong semua bahan.


Lontong yang sedap, semuanya kena rasanya. Kadangkala saya suka juga makan asam pedas daging tetel tapi kali ini tak makan pun. Mana nak letak dalam perut saya, sudahlah tank saya kecil. ha ha ha...


Air mata kucing panas wajib di minum


Ini cara yang betul minum air mata kucing, pejam mata dan pegang ke dua-dua mangkuk dengan tangan dan sedut. he he he...

Saturday, August 14, 2010

JOM PERGI PASAR!

Ha ha..tempat kegemaran saya bila balik Melaka. Pasar besar Melaka. Saya suka kalau dapat pergi hari bekerja, kalau pergi hari minggu. Aduh..pening. Parking penuh. Dekat pasar ni bukan sahaja boleh jumpa ikan, ayam atau daging. Tetapi segala macam benda klasik boleh dijumpai.

Ikan di Melaka lebih murah dari di pasar tani kajang. Saya sebenarnya suka ikan yang kecik-kecik sahaja. tetapi kalau ke pasar Melaka selalu yang saya belikan untuk rumah ayah saya, ikan parang, ikan tenggiri. Saya pula lebih suka ikan selangat, ikan kembong.


Ini mesti ada yang tak tahu buah apa ini terutama generasi muda. Inilah buah gelugor yang dibuat asam keping. Masa kecik-kecik dahulu saya suka makan putiknya. Masam-masam cicah dengan garam. Masa menaip perkataan masam seperti ada tindakan refleksi saya menelan liur. ha ha ha..



Ini ubi cekur. Boleh dibuat sambal. Kena bersihkan kulitnya dan tumbuk dengan cili, buat seperti sambal belacan.


Saya ni orang tua yang memang suka makanan klasik. Nampak tak apa yang saya nampak? ha ha..cencalok. Aduh saya suka sungguh! Hari-hari makan cencalok dengan cili api dan ikan goreng pun tak apa tau?


Segala macam penyedap makanan.


Oh..dah nama orang tua, mesti suka makanan klasik macam ni. Hmm..jering ini memang bagus untuk kesihatan. Orang tua dulu-dulu usia 80 tahun masih gagah kerana, inilah makanan mereka.





Friday, August 13, 2010

DISERANG KERANA MENUTUP AURAT


Turan Orhan / Izmir


Hatice ┼×enocak yang mengajar di London, ingin berenang bersama anak lelakinya yang menggunakan baju renang Islam diserang oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya seorang isteri kepada seorang pegawai tentera.. Wanita yang bernama Birsel Wrestler mengelarkan Hatice (Sebutan Hadijah) Spirder marine yang mencemarkan lautan dan pantai Izmir. Birsel telah mencakar dan memulas tangan Hatice yang ketika itu bersama dengan anak lelakinya. Bahkan anak lelaki beliau juga dimarahi oleh Birsel dan juga keluarganya yang ketika itu turut berenang bersama. Brisel  mengatakan Hatice tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana dia isteri kepada seorang tentera yang berpangkat.
Serangan itu dilakukan pada awal pagi di mana Birsel yang berpakaian bikini tidak menyukai Hatice yang berpakaian muslim.
Hatice telah membuat laporan polis diatas kejadian tersebut.
Seorang pengamal undang-undang Turki menganggap."Mentaliti penduduk seperti Birsel adalah pencemaran Turki,"

P/S Geram sangat mendengar berita ini. Sakit hati pun ada. Saya beritahu suami wanita seperti Birsel inilah yang akan menjadi kayu api neraka (masa tu geram sangatlah). Moga-moga ALLAH meneguhkan lagi iman Hatice dan diberi petunjuk kepada Birsel yang juga seorang Islam untuk bertaubat. AMEEN....


Thursday, August 12, 2010

SOGO

Minggu lepas hari Jumaat dan Sabtu adalah hari jualan murah untuk keahlian SOGO. Saya membawa ke dua-dua kakak saya Maznah yang datang dari Melaka dan juga kak saya Mijah ke sana pada hari Jumaat. Akak saya Maznah mahu melihat bagaimana keadaan Sogo sedangkan kakak saya Mijah mahu membeli baju untuk anak-anaknya.

Tengoklah berapa banyak kereta yang bersesak-sesak mahu masuk dan keluar dari SOGO ini. Saya pergi selepas solat Jumaat, parkir di Sogo sudah penuh jadi saya memakirkan kereta di bangunan CIMB. Satu jam RM3. Sekarang orang betul-betul buat duit dengan menyewakan lot parkir. Dah macam Hong Kong dan Singapura pula parking melantun-lantun mahalnya.
Ramai pelanggan yang datang dari jauh dan sejak awal pagi semata-mata mahu membeli belah di SOGO ini. Ada seorang kanak-kanak yang sudah masam mukanya kerana menunggu siabang membeli belah. Menurut beliau, beliau datang dari Seremban sejak jam 7 pagi.
"Barang dia semua dah dapat, itulah yanng tunjuk muka macam tu.."
Si abang memberitahu saya. ha ha ha..macam-macam.



Barangan yang dibeli oleh kakak saya Mijah dan Maznah. Tak banyak mana pun dibandingkan dengan orang lain yang bertroli. Kata kakak saya tengok orang bershopping macam ekonomi tak teruk pun! Macam barang semua percuma. Ha ha ha..


Ke dua-dua anak saya Qaisara dan Balkish yang kepenatan tidur di surau. Yelah..berapa kali solat di surau tapi umi dan ibu mereka tak balik-balik. Nak buat macam mana anak-anak untuk kau orang jugakan.


Qaisara dan Balkish kami letakkan dibawah penjagaan Starz Garden yang berada di tingkatan 7. Tetapi bila lama sangat angin juga Qaisarakan. Tengok muka Qaisara yang sudah masam mencuka. Aduh Ta..nak beratur pun ambil masa yang lama.


Orang terlalu ramai, jadi nak membeli pun tak ada selera. Saya cuma belikan suami dua helai seluar. Tahulah suami saya punya size extra ordinary jadi seluar yang boleh dipakai hanya brand tertentu dan salah satunya Dockers. Tengah membelek-belek seluar tersebut, seorang pak cik memberitahu saya.
"Seluar ni kalau sidai di luar tak tidur malam dibuatnya.."
Saya gelak, faham dengan kata-kata pak cik tu. Seluar mahal sudah pasti sering diintai pencuri.
Balik dari Sogo, suami marahkan saya belikan seluar yang mahal untuknya.
"Pulangkan balik, mahal sangat. Cari seluar RM50 ke bawah."
Walla..sudahlah size tu extraordinary nak cari yang murah. Mana ada? Seluar skinny pun tak dapat RM50 tau! Ha ha..Entah apa-apalah suami saya tu. Tapi beberapa jam kemudian dia nak pujuk isterinya yang kepenatan dia beritahu saya.
"Seluar tu mesti tahan 10 tahunkan honey.." ha ha ha..
Dan....
 Percaya tak saya hanya beli beg duit yang berharga RM32.90 (70%) sseperti gambar di atas  untuk diri saya. Bak kata kakak saya Mijah, kau ni Mak Andak dapat aje cium mana-mana barang murah ya!.