Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, March 29, 2010

KEK LAGI

Tidak habis-habis lagi dengan kek hari jadi yang saya terima tahun ini. Kebetulan ketika hari jadi saya, pesta buku berlangsung. Jadi ramailah yang membawa kek untuk saya. Kek ini saya edarkan di jiran-jiran sebelah. Sampaikan jiran-jiran saya tanya. "Kak, akak sambut 3 hari ke birthday." ha.ha. Apa tidaknya, sampai 3 hari orang bawakan saya kek.


Kek yang dibawa oleh Norhayati Sulaiman dari Mukah, Sarawak. Kek lapis yang dibuatnya sendiri. Memang sangat sedap. Semua yang makan memujinya.

Norhayati Sulaiman yang datang dari Mukah Sarawak. Saya tidak dapat melayannya dengan baik kerana kesibukan. Ajak tinggal di rumah tak mahu kerana katanya ada janji dengan kawan dan juga sahabatnya.




Ini kek dari mas comel dengan Che Anis. Setiap kali potong kek, setiap kali itu si Qaisara akan menyempil. Ha.ha.ha

Ini dia mas comel yang sangat comel dan takut gemuk ha.ha.ha. Suka sangat dia melayan Qaisara. Boleh dijadikan calon menantu tau!

Ini dia seorang lagi calon menantu se malaya. Che Anis. Cukup suka melayan si Qaisara bercakap yang entah apa-apa. Ha.ha.ha. Sampai bila Che Anis nak balik, Si Qaisara cakap. Janganlah balik.




Ini kek dari Kusyi Hirdan penulis Galu di hati Seri. Saya cukup suka buah-buahan atas kek tersebut.


Ini pasangan romantis Kusyi dan Zul. Ha.ha..dua-dua orang ini pandai memasak tau. Kebab yang mereka buat pun sedap. Zul pandai buat nasi beryani, satu masa nanti nak cuba rasa nasi beryani dia.


Ini kek dari Yana selayang. Tahun lepas Yana datang ke pesta buku tengah sarat mengandung.


Tada..ini dia Yana yang semakin bahagia dengan kehadiran Zidane permata hatinya. Comel dan baik sungguh Zidane ni. Geram saya menengoknya..


Ini kek dari Iejay penulis buku Lagu Cinta dan Resipi Hati dan Kaknoor dari geng kicap. Ya ALLAh terlupa sungguh nak mengambil gambar mereka semua. Masa itu memang tengah sibuk sangat. Terima kasih kak noor dan iejay!


Ini Intanazila yang bukan main cantik lagi dia. Asyik bercerita pasal anak-anak lupa saya mengambil gambar cupcake yang dibawa oleh Intan. Sayang tak dapat gambar Hadif yang sudah melarikan diri. Bila dipujuk, Hadif cakap tak mau ambil gambar, sebab dia orang tua! Ha.ha.ha sebab dia tak ada gigi..cuma ada dua batang sahaja. Kelakar sungguh Hadif ni.

Terima kasih yang tidak terhingga dengan kakak dan adik-adik saya ini yang sanggup bersusah payah membawa kek untuk saya. Saya amat menghargainya dan rasa amat terharu. Sayang semua...





Friday, March 26, 2010

KEJUTAN DI HARI LAHIR

"Umi..umi, ada kawan umi nak datang nak sambut happy birthdaya dengan umi"
Satu hari Qaisara memberitahu. Ha.ha.ha.
Lantas apabila teringat saya bertanyakan pembantu saya. Rupanya ada pakatan bawah tanah mahu mengejutkan saya dengan kek hari jadi dan saya dapat mengagak ini mesti kerja Roza d'little kitchen. He.he.he

Dan semalam walau baru balik dari kerja, Roza dan suaminya Mr R, datang membawakan saya kek yang cukup cantikkkkkkkkkkk...


Pasangan suami isteri yang lemah lembut dan sungguh berbakat dalam membuat dan menghias kek. Jangan tak tahu Mr R pun pandai menghias kek. Bila saya tahu mereka berdua mahu datang, sedikit jamuan kecil diadakan. Makan satay dan goreng meehon.

Sebenarnya bukan Roza suami isteri sahaja yang pandai membuat dan menghias kek tau. Anak-anak mereka yang empat orang, iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan semuanya pandai. Saya da macam guru besar pula melihat budak makan. Ha.ha. Sofea dan Suraya. Dua lagi anak lelaki Roza, sudah keletihan dan tertidur di Sofa. Yalah, budak-budak sekarang sekolah sampai petang. Kasihan menengoknya.


Sebenarnya saya sayang sangat dekat kek ini dan tidak mahu memotongnya. Kalau boleh disimpan saya simpan tetapi Qaisara punyalah kecoh asyik menyuruh saya potong kek happy birthday. Sampai naik bingit telinga dibuatnya. Saya dah macam Qaisara le pulak..tak mahu potong kek..ha.ha

Tengok betapa gembiranya Qaisara kerana diberi peluang memotong kek ini. Tapi saya tahu Qaisara sendiri sayang nak potong. Itu berlakon sahaja tu.


Tatapan untuk kali terakhir sebelum kek ini dipotong dan dibahagi-bahagikan kepada jiran. Ha.ha. Cantik sangat-sangat bagi saya. Sesiapa yang mahu memesan kek boleh buka blog http://dlittlekitchen.blogspot.com/

Terima kasih Roza suami isteri, terima kasih banyak-banyak. Walau penat baru balik kerja tetapi sempat membuat satu kejutan yang cukup bermakna. Walau Qaisara sudah memecah rahsia tetapi saya tetap terkejut kerana kek itu begitu cantik sekali. Sangat-sangat terharu!


Wednesday, March 24, 2010

CERITA SI SUAMI

Semalam pesta buku agak lenggang. Bukan sahaja di dewan 2 tetapi di dewan 3 juga. Namun waktu lenggang begini rupanya ada hikmah yang tersembunyi. Saya mempunyai kesempatan mendengar cerita. Ada tiga cerita yang saya dengar semalam. Dua cerita biarlah saya simpan dan saya menangis mendengarnya. Satu cerita lagi adalah dari seorang lelaki yang tidak tahu melakukan apa-apa untuk memperbaiki rumah tanggannya.
"Sudah lebih 6 tahun kami berkahwin, sepanjang perkahwinan kami isteri saya tidak pernah masak. Bahkan selalunya saya yang memasak dan juga mengemas. Bayangkan, betapa penatnya saya. Selepas balik bekerja, masak dan mengemas rumah."
"Apa isteri encik buat? Dia bekerja?"
Saya bertanya. Lelaki itu menganggukkan kepalanya.
"Dia bekerja dan saya juga bekerja. Dia penat saya juga penat. Tidak mengapa kalau saya masak dan dia membantu mengemas. Cuba bayangkan, tidak pernah langsung dia masak walaupun nasi goreng. Susahkah sangat memasak nasi goreng?"
Alahai sedihnya, saya terfikirkan diri saya. Kalau saya tidak masak, kesian suami saya yang memang suka makan? Masakan nasi goreng pun tidak mampu dibuat?
"Kemas rumah pun tak pernah, rumah bersepah sana sini. Saya yang selalu kemas. Hari-hari saya mengemas. Dia balik, tidur dan makan. Anak kami cuma seorang. Itu pun dihantar ke rumah emaknya. Awak tahu sekarang ini anak saya yang 6 tahun itu pun dah benci emaknya dan selalu tanya, kenapa kami tak jaga dia."
Oh..memang saya termenung mendengar cerita daripada lelaki ini. Hati berbelah bagi, betul atau tidak cerita tersebut.
"Cuba Puan beritahu saya, apakah caranya mahu membuat isteri saya berubah? Kadangkala saya rasa saya mahu tinggalkan dia sahaja, tetapi di dalam masa yang sama saya kasihankan dia. Dia ada penyakit tetapi macam mana tak sakit, dia amat gemuk. Seringkali saya kata, bangunlah beriadah, makan tu kontrollah. Tapi mana dia ada layan. Hari-hari makan pizza, makan KFC. Mana tak gemuk.."
Memang teramat jarang sekali saya mendengar keluahan dari para suami, selalu saya dengar si isteri yang mengadu tentang sikap suami.
"Apa-apa, emak dan ayahnya. Kalau puan, dalam hidup puan. Siapa yang utama sekarang ini."
'Mestilah suami saya."
Balas saya perlahan. Suami saya entah ke mana, mungkin sedang melawat gerai-gerai yang berada di dewan dua ini.
"Betul, puan memang betul. Isteri selepas berkahwin mesti yang paling utama adalah suami. Tetapi isteri saya tidak. Sudah 7 tahun kahwin, tidak pernah kami pergi bercuti bertiga. Semuanya harus membawa emak, ayah dan adik beradiknya. Mahu ke PD, mahu ke Kelantan mesti bawak adik beradik dia. Pernah dia pergi bercuti dengan keluarganya dan keluarganya tidak mahu saya ikut!"
Wah ini sudah parah, hati saya berdetik. Perempuan macam ini harus sahaja ditinggalkan, hati saya jahat berkata. Namun masakan saya mahu memberi cadangan yang sebegitu? Tidak pasal-pasal nanti mereka bercerai berai.
"Lagi satu, dah dua kali dia naik haji bersama emak dan ayahnya. Tetapi tidak mahu solat. Kadangkala kepala peninglah, badan sakitlah. Hairan sungguh saya! Setiap pagi saya akan kejutkan dia solat subuh. Tidak pernah dia bangun. Dia akan bangun pada pukul tujuh setengah dan terus pergi kerja. Pening kepala saya. Dia pergi haji tu buat apa? Kalau solat pun malas."
Saya hanya menelan liur mendengar cerita tersebut.
"Saya ingat saya nak ke Swiss. Saya dah apply visa dan kerja di sana. Saya macam dah malas dah hidup dengan dia. Bukan kerana dia tidak cantik, bukan kerana dia gemuk. Tetapi perangai dia yang tidak pernah menjadi isteri untuk seorang suami dan emak pada seorang anak. Dia jenguk anak kami pada hujung minggu sahaja."
Ya ALLAH, ada juga manusia yang tidak mahu menjaga anak sendiri. Saya sendiri kalau berenggang dari Qaisara sejam dua pun sudah rindu. Inikan pula berhari-hari.
"Lagi satu dia suka sangat berbelanja. Beli sana sini, semua pakai kad. Cuba bayangkan tahun lepas kad kredit punya hutang sahaja sudah lima belas ribu. Beli kasut berpasang-pasang. Bukan dipakai, begitu juga beg tangan. Kemudian letak bersepah-sepah dan saya juga yang mengemasnya. Bila saya tegur, janganlah shopping tak tentu hala. Dia akan tanya saya balik. Abang apa nak bising? Bukan duit abang, ini duit saya."
Aduh..sebenarnya banyak lagi yang dicerita oleh lelaki tersebut. Saya jadi kesihan pada lelaki tersebut apabila dia bertanya, apakah dia perlu meninggalkan isterinya dan berhijrah keluar negara sehingga isterinya tidak berjumpa dengan dia lagi.
Saya suruh dia fikir masak-masak dan fikirkan anak yang sedang membesar. Kalau ditakdirkan dia bercerai, janganlah sampai menguris perasaan si anak.
Ketika balik saya bercerita dengan suami saya.
"Awak ingat lelaki aje teruk. Ramai perempuan di luar sana yang mendera suaminya. Ada yang yang lebih teruk dari ini pun ada.."
Termenung saya mendengar kata-kata suami saya. Ya..saya akui apa yang dikatakan adalah benar namun saya tahu, kalau setiap wanita mengikut apa yang diajar oleh ALLAH pasti dia tidak akan melakukan sesuatu yang menguriskan perasaan suaminya.



Tuesday, March 23, 2010

CERITA PESTA BUKU..ADA LAGI NANTI

Pesta buku masih berlangsung. Tahun ini booth NB Kara ditempatkan di seberang sungai. Apabila mendengar seberang sungai sahaja, sudah mendadak sahaja berkata "Oh tidak"! Seberang sungai memang jarang dikunjungi oleh penghujung kerana kedudukannya yang agak jauh. Bahkan perkara yang pertama saya fikirkan sudah pasti susah pembaca mahu datang? Namun rezeki di tangan ALLAH. Saya benar-benar gembira, walau begitu jauh sekali terpaksa menapak, begitu ramai pembaca hadir memberikan sokongan walau melilau sana sini mahu mencarinya.



Bunting yang kami letakkan merata di dewan 2 supaya orang ramai senang mengenal pasti booth kami. Cilok dari blog si Anuar Kamarudin.





Adik saya Liza bujang yang datang dari Sarawak, bersama kak Sri Diah yang comel sangatlah jeles tengok dia yang sudah kurus bersama penulis Kusyi Hirdan yang tidak berhenti-henti becakap. Ha.ha.ha. Masa saya mula-mula menulis itu saya selalu menjadikan kak Sri Diah sebagai idola saya. Saya suka bahasanya yang cantik dan sampai sekarang kalau ada kesempatan saya akan membaca bukunya.



Penulis NBkara, Anuar Kamarudin yang handsome bersama Iejay dan juga Wanupeh, adik saya yang selalu memberi sokongan pada NBkara. Wanupeh akan ke Jepun minggu ini. Suka sangat dia ke sana. Ha.ha



Qaisara dengan Solehin anak buah Idasm yang datang sama-sama meriahkan majlis. Suka sangat makan jemput-jemput yang saya bawa.



Ini seorang lagi adik saya Idasm, Ida sudah datang dua kali. Kali ke dua Ida datang bersama degnan cheese nan yang rasanya sungguh sedap dari resturannya. Cik Lizabujang awak jangan jeles! Cilok ya ida gambar ni.

Ini si cantik manis si Feeza Adam. Kebetulan menyambut hari jadinya di hari yang sama. Tak ada hadiah untuk Feeza hanya ucapan "Selamat hari lahir dan moga kehidupan Feeza dipermudahkan ALLAH, dimurahkan rezeki, dapat kerja baru dan dapat jodoh yang baik." He.he.he



Siti Aishah yang memakai baju kotak-kotak dan kasut yang sama sedondon. Saya tanya dia, kalau baju warna kuning kasut kuning ke? Gelak dia..


Masliza yang datang dengan Che Anis. Tidak sempat nak berbual dengan Masliza yang kecil molek ini, sebab ketika itu orang agak ramai.



Bersama Idayu yang peramah macam saya juga. Ha.ha.ha

Bersama seorang lagi adik saya Eiyra yang datang dari Shah Alam membawa kek dan juga cokelat. Ha.ha..kek si Eiyra sudah saya korban dan agih-agihan. Cokelat untuk si Teta dan sayalah. He.he..Terima kasih Eiyra ya. Bila kita boleh berjumpa lagi aik?


Agak sibuk di booth NBkara pada hari Ahad dan Sabtu. Tersangat kasihan dengan pembeli yang mengadu, gaji tidak dapat lagi. Yalah, bayangkan Feb mereka mendapat gaji awal kerana tahun baru cina dan mahu menunggu 23-24 memang semputlah. (cilok dari facebook Feeza) .


Amirul..ha.ha..yang hampir nak kena tinggal dengan basnya. Amirul belajar di UPSI dan mahu pulag ke Tanjung Malim. Basanya pukul 9.45. Pukul 9 dia masih meraun di PWTC. Apa hampir nak kena tinggal. Beliau adalah bekas anak murid kakak saya Mijah.


Alfisyah. Kalau dia tidak hantar gambar ini pada saya, mati hidup saya tak tahu dialah Rudy dan Alfisyah dalam facebook. Ha.ha.ha..thanks Alfisyah!


Rahayu yang saya cilok gambarnya dari facebook. Terima kasih Rahayu ya kerana sudi datang dan membeli buku akak.


Ini bersama Nor Hazlin yang ramah dan begitu manis senyumannya. Hazlin gambar cilok ya dik.


Bersama Intan. Ya ALLAH, kecil comel aje Intan ni. Macam budak tingkatan lima aje tapi sudah ada anak dua. Seorang guru di Selayang. Gambar dari facebook Intan.


Barisan penulis NB Kara bersama Feeza. Pak Seyit interframe sekali. Ha.ha. kalau nak tahu ramai yang tertawan dengan kekacak si Anuar Kamarudin. Ada yang sampai menghantar SMS mengatakan "Nuar tu jambu gila". Kah..kah..


Bersama che Anis yang cantik lawa. Rugi saya tidak ada adik lelaki yang bujang lagi. Kalau tidak, harus saya buat calon adik ipar. Ha.ha.


Anis Anuar yang berjaya memujuk suaminya ke pesta buku dan tambah gembira apabila suaminya yang pada mulanya enggan pergi, berkata dengan Anis. Tahun depan boleh datang lagi! Terima kasih Anis ya!


Bersama Alia yang memboron buku NB Kara. Terima kasih ya Alia, panjang umur kita jumpa lagi.

Bersyukur sangat-sangat dengan anugerah tuhan yang memberi saya pembaca yang saya anggap sebagai sahabat yang sentiasa memberi sokongan. Dan terima kasih pada semua yang kebanyakkan gambar ini saya ambil dari facebook pembaca dan sahabat-sahabat saya ini.




Monday, March 15, 2010

KITA BELI INILAH UMI

Dari kecil memang saya selalu ajar Qaisara berkongsi dan apatah lagi menderma pada orang yang memerlukan. Kalau saya bawa Qaisara ke pasar tani, melihat orang cacat penglihatan saya pasti suruh Qaisara memberi seringgit dua kepada mereka. Saya juga selalu ajar Qaisara kalau membeli sesuatu, belilah untuk sepupu-sepupunya . Jadi kalau saya ke mana-mana dan membeli belah, dia pasti akan mengingatkan saya.
"Umi belikan Balkish ya, belikan Danish, belikan kak Alin..bla.bla..bla."

Hari ini Qaisara melihat satu iklan tandas duduk ini di katalog yang diberikan secara percuma dari rumah ke rumah.
"Umi..umi nanti kita beli ni ya?"
"Aik..buat apa sayang. Bukankah rumah kita dah ada ni?"
"Tak kita belikan saudara kita kat tempat salji tu rumah diakan tak ada macam ni?"
Terbeliak mata saya mendengarnya. Ha.ha.mungkin Qaisara teringatkan rumah musim panas nenek sedaranya yang tandasnya seperti tandas kampung di Turki. Tandas itu dibina daripada batu gunung dan tandas itu tidak berpintu.
"Hmm..beratlah Qaisara nak bawa.."
"Berat, abis macamana.." mata Qaisara sudah terkebil-kebil.
"Nanti kita belilah kat Turki kalau balik Turki. Dekat sana pun banyak Qaisara." cadang saya. Qaisara hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.
Namun sebenarnya tanpa Qaisara tahu, nenek saudaranya itu sudah pun meninggal dunia beberapa bulan yang lepas kerana barah tonsil. Namun saya tidak menerangkan padanya kerana kalau saya cerita nanti, mesti terlalu banyak pertanyaannya.
Namun disudut hati saya, saya rasa bangga dengan Qaisara. Walau dia masih kecil tetapi sudah ada perasaan ingin membantu terhadap orang lain.

Setakat ini Alhamdulilah, Qaisara tidak pernah lokek untuk berkongsi barangannya.

Friday, March 12, 2010

JANGAN FIKIR NAK SENANG!

Semalam saya ke Sogo, mencari barang-barang untuk kawan bersalin, berkahwin dan sebagainya. Tahu sahajalah, cuti sekolah ini. Macam-macam majlis yang harus saya hadirii. Tetapi kena balik kampung dahulu sebelum berpesat buku. Untuk restu keluarga sebelum berjualan.
Saya bertemu dengan sahabat lama, di tempat kerja lama saya. Kami rancak bercerita. Beliau memberitahu saya mengenai seorang sahabat kami.
“Suami dia nak kahwin lain tau!”
Saya terkedu mendengarnya. Saya terbayangkan sahabat saya ini. Biarlah saya namakan Ain. Ain seorang jurutera. Cantik, berkulit putih bersih. Sedangkan suaminya bertubuh tinggi dan berkulit hitam manis. Tidaklah tampan tapi disebabka mempunyai gaji lima angka maka ramailah wanita yang terhegeh-hegeh padanya.
“Orang mungkin rasa suaminya banyak duit tapi kau tahu sahajalah Tie, selama ini Si Ain menanggung diri dia dan anak-anak. Kau tak ingat? Sampaikan emak mertuanya sakit dia yang belikan lampin, bukan suami dia. Kesian aku tengok dia.”
Aduh, kenapalah lelaki ini macam tak ada kepala otak. Saya tahu Ain bukan sahaja berpelajaran tetapi pandai memasak, menjahit dan juga menjaga anak dengan baik. Dialah yang menghantar anak ke sekolah dan mengurus segala keperluan mereka.
“Suaminya sibuk bersosial di luar, bermain golf. Kau tak ingat bulan puasa pun orang tengah solat dia sibuk pikul kayu golf.”
Saya tahu bagaimana sedihnya Ain bercerita mengenai suaminya yang amat jarang menunaikan kewajipan sebagai orang Islam. Sedangkan Ain sentiasa berusaha menjadi muslimah yang baik. Saban minggu pergi belajar mengaji. Oh..saya teringat, patutlah Ain sudah lama tidak menghubungi saya. Mungkin malu agaknya.
“Perempuan suami dia nak kahwin tu muda ke tua..”
“Dengar-dengar pucuk muda. Orang muda yang hendak hidup senang dan tak perlu bekerja. Bermimpi dapat kahwin dengan orang kaya yang sebenarnya tidaklah kaya sangat pun!”
Kawan saya yang bernama Fatimah (nama samaran) beria-ia bercerita. Saya terpaku. Memang zaman sekarang terlalu ramai anak gadis yang masih muda mahu hidup senang. Tidak mahu berusaha. Merasakan akan bahagia berkahwin dengan lelaki kaya walau suami orang. Bukan mudah menjadi isteri kedua atau ketiga. Cabarannya terlalu banyak. Kalau boleh dielak, elakkanlah.
Harta tidak bawa kita ke mana-mana. Satu ketika dahulu, saya tidak bermimpi mahu berkahwin dengan orang kaya. Dan saya hampir berkahwin dengan seorang lelaki yang gajinya dibayar 200USD sejam. Saya tidak mereka cerita. Namun saya memohon petunjuk pada ALLAH dan petunjuknya jelas dia bukan jodoh saya. Lelaki yang sering mengawal pengerakan saya. Lelaki yang tidak suka saya berkawan dengan orang sebarangan dan kadangkala memperlekehkan sahabat saya. Seyit Kara jodoh saya yang sebenarnya. Lelaki yang mempunyai banyak masalah keluarga dalam hidup tetapi kami selesaikan segalanya bersama. Dan Alhamdulilah nikmat itu sudah kami kecapi sekarang.
Wang bukan segala-galanya dalam hidup. Wang yang dicari sendiri lebih membahagiakan. Namun ya..ramai anak gadis sekarang mahu hidup senang. Suami orang pun suami oranglah.
Hidup senang atas derita orang lain tidak akan ALLAH restui. Bahkan satu ketika nanti kita akan merasa derita itu. Rezeki semuanya bergantung pada niat kita. Kalau niat kita tidak bersih jadi perjalanan hidup kita akan menjadi huru hara.Dan doa saya untuk Ain, tabahlah. ALLAH sentiasa bersama dia yang sabar


Tuesday, March 9, 2010

DAPATKAN DI PESTA BUKU KUALA LUMPUR



Tidak tahu kenapa apabila mahu menggetus sampul surat tersebut, hatinya sedikit berdebar.
Lantas gerakan tangannya yang mahu menggetus kad itu, terhenti. Dirabanya kad tersebut. Kad apakah ini? Seperti keras sahaja?
“Takut saya nak bukanya.”
Dia merenung Adli yang berdiri di hadapannya.
“Kenapa?”
“Entahlah. Saya tak pernah menerima kad seperti ini. Ditulis tangan pulak tu. Mungkin bukan untuk saya tak?”
Sedikit teragak-agak Tengku Shariman. Adli ketawa kecil. Sudah nyata di sampul surat itu ditulis nama Tengku Shariman.
Adli menghulurkan tangannya. Tanpa meminta izin daripada Tengku Shariman, kad sudah bertukar tangan.
“Saya bukak, ya?”
Pertanyaan itu menyebabkan Tengku Shariman menganggukkan kepalanya. Dengan perlahan Adli sudah menggetus sampul surat tersebut dan menarik kad yang terkandung di dalamnya.
“Oh… Kad hari jadilah, Tengku…”
“Kad hari jadi?”
Berkerut dahi Tengku Shariman mendengar ucapan yang keluar daripada pembantunya itu dan matanya pantas sahaja tertancap pada kad yang sedang dibuka oleh pembantunya itu.
“Hmm… Dari Manja ni…”
Adli meletakkan kad tersebut di hadapan Tengku Shariman. Orang kaya memang mudah risau dan takut tidak tentu fasal.
Agaknya Tengku Shariman berasakan ada racun di dalam kad tersebut untuk membunuhnya. Sebab itu dia takut untuk membukanya.
“Manja bagi saya kad hari jadi?”
Entah mengapa hati Tengku Shariman seperti ada perasaan yang sukar untuk diucapkan. Perasaan tidak percaya, sedih dan mahu menangis, berbaur menjadi satu.
“Hmm… Bukankah hari jadi Tengku dua hari lagi?”
Walau Tengku Shariman tidak pernah mahu mengingati hari jadinya, tetapi Adli selalu ingat. Tengku Shariman tahu, satu-satunya manusia yang sering mengucapkan selamat hari lahir kepadanya adalah pembantunya itu.

“The greatest gift from ALLAH and I call him papa…”

Terbuka sahaja kad tersebut, Tengku Shariman sudah terbau wangi bunga mawar. Walau tidak kuat, tetapi masih sempat ditangkap hidungnya.
“Manja buat sendiri…”
Suara Tengku Shariman sedikit menggeletar. Ada rasa hiba yang membalun dadanya dan seperti tidak boleh disorok lagi.
Hatinya berulang kali membaca ayat-ayat yang ditulis tangan oleh Manja dengan hati separuh tidak percaya.
The greatest gift from ALLAH and I call him papa…”
Tanpa sedar, Tengku Shariman menyebut bait-bait kata yang berada di dalam kad tersebut.
“Manja yang bagi...”
Adli dapat mengesan perasaan tidak percaya Tengku Shariman itu.
“Cantik!”
Ada terselit perasaan bangga di sudut hati Tengku Shariman. Bangga seorang ayah yang mendapat kad hari jadi buatan tangan anaknya sendiri.
“Memang cantik, Tengku. Agaknya dia rindukan Tengku.”
“Mana dia tahu hari jadi saya?”
“Seorang anak pasti tahu hari jadi ibu bapanya sendiri, Tengku.”
Balas Adli. Dia melihat mata Tengku Shariman berkaca. Kasihan lelaki ini… mempunyai segalanya tetapi kurang kasih sayang. Bagaimana tidak kurang kasih sayang kalau susah mahu mempamerkan kasih sayang… getus hati Adli.
“Cantik…”
Sekali lagi kata-kata itu keluar daripada mulut Tengku Shariman yang akhirnya tidak dapat menahan perasaan. Diletak kad tersebut di dadanya dan dipeluknya dengan rasa hiba yang kemudian menghasilkan sedikit tangisan.


Monday, March 8, 2010

SEDIKIT MAKLUMAT

Oh sebenarnya saya lupa mahu berkongsi maklumat yang cukup penting ini pada sesiapa yang mahu membawa kereta masuk ke Thailand. Kalau yang biasa memandu masuk ke negara lain sudah pasti tahu prosedur ini. Tetapi setiap negara ianya mungkin ada perbezaan tetapi tidak terlalu ketara

Pertama sekali sesiapa yang mahu membawa masuk kereta ke Thailand perlu membawa geran kereta. Kalau kereta masih lagi tidak habis bayaran pinjamannya, pergi sahaja di bank. Bawa surat yang mengatakan kita mahu meminjam geran kereta kita untuk memasuki Thailand. Bayaran yang dikenakan RM20 untuk meminjam geran tersebut. Nyatakan masa kita mahu ke Thailand dan berapa lama mahu meminjam geran tersebut. Geran ini penting untuk membuat insuran dan mendapatkan surat kebenaran membawa masuk kereta ke Thailand.


Pertama sekali anda perlu membeli insuran untuk memasuki Thailand. Cari kedai seperti ini dan beritahulah anda mahu membeli insuran untuk masuk ke Thailand. Mereka akan bertanya, mahu seminggu atau 2 minggu. Saya minta seminggu tapi di kertas insuran akan ditulis selama 9 hari. Bayarannya cuma RM22. Ketika ini cuba tanya borang individu untuk masuk ke Thailand yang harus dipenuhi oleh setiap orang. Biasanya ada di sini dan mereka akan mengisikan untuk anda RM1 atau RM2 seorang. Jadi disempadan nanti tidak perlu berebut-rebut atau beratur untuk mendapat borang yang dikawal oleh orang tertentu di sana. Sebelum kompleks bukit kayu hitam, anda akan nampak stesen minyak BP. Isi minyak anda sepenuh-penuhnya kerana minyak di Thailand hampir sekali ganda mahalnya dari minyak di Malaysia. Bahkan saya sendiri keliru minyak apa yang perlu saya isi kerana minyaknya pelbagai.



Ini borang insurannya ya. Simpan baik-baik. Kalau kemalangan berlaku di Thailand, kita sudah ada insuran.

Kemudian memandulah sehingga masuk ke imigresen Malaysia. Pegawai imigresen Malaysia biasalah ramah. Chop passport kita dan masuk pula ke imigresen Thailand. Di sini anda perlu tenang dan bersabar dengan sikap pegawai imigresen yang banyak menggunakan bahasa isyarat dan suka menghalau orang. Park kereta anda ke tempat meletak kereta. Kemudian keluar dan chop passport anda. Bayaran untuk mengecop passport RM1. Sediakan duit kecil, jangan bagi RM50. Memang mereka tidak akan pulangkan.

Kemudian tuan punya kereta harus membawa geran kereta bersama passportnya beratur di kaunter no.3 (lupa nak ambik gambar) untuk mengambil borang kebenaran untuk membawa kereta masuk ke Thailand. Kali ini tidak ada bayaran dikenakan. Pergi semula ke kereta anda dan lalui booth imigresen semula di mana kita beratur untuk memberi mereka geran. Ketika ini surat kebenaran memabawa kereta akan diberi kepada anda. Gambar ini saya ambil dari google. Lupa nak ambil gambar kerana ketika keluar surat ini sudah dikembalikan pada imigresen Thai. Jangan lupa borang ini mesti disimpan di dalam kereta sepanjang masa. Kehilangan borang ini perlu dilaporkan di balai polis yang berdekatan dan biasanya akan dikenakan denda sebanyak RM50. Borang ini harus dipulangkan semula ketika keluar dari Thailand.


Dan anda sudah selamat masuk dan bercuti. Songkhla sebenarnya amat selamat dan tenang untuk percutian. Hotel yang paling bagus adalah BP Samila Beach Resort. Oh..ya jangan lupa tukar duit Thailand di Malaysia. Agak susah mencari pengurup wang di sini. Kalau dihotel mereka akan minta dengan harga mencekik darah sehingga kita kehilangan RM200 setiap kali menukar RM1000.

Pattani yang dikatakan kacau dan tidak aman. Sebenarnya amat aman dipandangan mata saya. Orangnya seperti orang Malaysia, bercakap dialek kelantan. Orang siam, melayu, cina hidup dengan aman.


Di Pattani memang banyak pasar yang begini. Mereka cuma ada satu sahaja pasaraya iaitu BIG C dan satu KFC. Syurga makanan laut.


Di salah satu masjid di Pattani sebelum berangkat ke Naratiwat. Berdoa supaya perjalanan kami dipermudahkan ALLAH.



Di Narahtiwat saya tidak cadangkan pada pembaca untuk pergi kalau tidak sabar dan mudah stress. Halangan sebegini memang banyak, ada askar yang menunggu. Tetapi syukur sepanjang perjalanan, walau berpuluh penghalang ini kami lalui tapi ALLAH permudahankan. Apabila melihat kereta saya plat dari Malaysia, mudah sahaja mereka melepaskan kami sehinggalah ke Golok.

Selamat bercuti pada yang ingin bercuti dan pada Intanaziela, semoga puas hati dan selamat berbulan madu..chewah2 pandai-pandai aje akak ye..ha.ha