Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 27, 2009

JAMUAN MAKAN-MAKAN

Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana mengizinkan NB kara mengadakan sedikit jamuan makan-makan di Taman permainan, Prima Saujana. Bahkan meminjamkan kami matahari sepanjang majlis berlangsung dan menurunkan hujan sebaik sahaja majlis tamat. Syukur..kerana kedatangan tetamu amat memberangsangkan. Ramai tetamu yang hadir termasuklah penulis NBkara Norasyikin Arshad dengan kawan-kawannya, Lily Haslina, penulis baru Anuar Kamarudin dan tak lupa juga Iejay Zakaria. Jom..kita layan gambar!


Iejay Zakaria yang sedang tersengeh melihat budak sekolah yang madang aje peace bersama Kak Noor dan Nacha . Iejay datang dengan cup cakenya tapi tak sempat ambil gambar.


Apalah yang dia orang semua bukan main tekun mendengar cerita Cik Yah..daripada Jemari Seni.


Anak saya yang sudah macam rupa kucing, main aje kerjanya hari itu, kredit untuk Anuar Kamarudian.



Kawan lama saya Mas Arila yang dulu sama-sama menonton hoki, datang dengan suaminya Kamal Azlan (kawan masa saya bekerja) dan anak-anaknya. Gadang sungguh saya..ha.ha

Ini dia mascomel yang begitu comel di sebelah saya yang begitu gadang sekali. Comel sangat dia dengan kebaya... Gambar saya cilok dari facebook Mas..ha.ha.



Buah tangan daripada Lily Haslina, sampai dua biji kau...

Hadiah yang dibawa oleh Kak Noraini dari Kelang. Mesti lama kak Noraini buat cross stich ini. Terima kasih banyak-banyak kak. Tak sempat nak ambil gambar kak Noraini yang datang dengan anak dan menantunya.


Peminat saya, Norzah (betulkah ejaannya,?) yang susah payah datang bersama suami dengan membawa cup cake. Terima kasih banyak-banyak ye Norza..

Dua orang hero saya, Haji dan juga Ojan...


Masyarakat majmuk di majlis makan-makan NBkara..Turki, Cina, Melayu..beberapa orang jiran India saya pun ada yang datang..terima kasih semua..


Ini cake dari adik saya siLizabujang..sampai 4 biji disuruhnya Shakirah, anak buah ibujunes (bloggers) menghantarnya. Ini yang saya sempat ambil. Terima kasih banyak-banya Za!


Penulis Anuar Kamarudin yang datang dengan baju seperti cover bukunya (sweetkan colournya) bersama anak buahnya Jim yang bergaya dengan rambut Tomoknya..ha.ha.ha.


Sedat..kawan suami yang menyediakan kebab yang superb! Semua orang puji kebabnya yang sedap!


Ini geng Ejen Menuskrip Helmi bersama tunangnya Manis, orang negeri saya, Linda bersama teman lelakinya..terimakasih banyak-banyak adik..



Makanan yang dihidangkan termasuk spaghetti meatball. Ini mesti Lizabujang telan air liur, sebab dia suka sangat dengan spaghetti..ha.ha..tengok gambar aje tau za!



Kuih muih yang tersedia di majlis tersebut.

Keesokan harinya pula bertempat di Saujana Impian diadakan pula kenduri di rumah kakak saya Mijah kerana beliau akan berangkat ke tanah suci. Letah sungguh..tapi gembira kerana kenduri dan majlis makan-makan ini dapat menemukan saya sekeluarga, kawan-kawan dan peminat.

Terima kasih pada semua yang hadir, kehadiran anda amat saya hargai, segala kekurangan di majlis tersebut, harap dimaafkan. Jika ada rezeki kita jumpa lagi ya..





Sunday, October 25, 2009

PENYAPU BURUK

Beberapa hari yang lepas saya menerima panggilan daripada seorang sahabat baik saya. Dia menangis membawa khabar mengatakan emaknya sudah meninggal dunia dua hari sebelumnya!
"Dia pergi begitu mendadak. Tanpa sebarang kata kerana serangan jantung!"
Beritahu sahabat saya sambil menangis-nangis. Mungkin kesal tidak menerima apa-apa pesan daripada si emak.
"Aku kesal, aku tak sempat nak minta maaf dari dia!"
Sahabat saya menangis teresak-esak. ya..saya masih ingat beberapa tahun yang lalu, saya sering bergaduh dengan sahabat saya ini. Punca, emaknya sendiri.
Seringkali setiap bulan dia akan mengira perbelanjaan yang telah digunakan oleh si emak kerana dia dan emaknya tinggal serumah. Dia tinggal di rumah emaknya sejak berkahwin sehingga mempunyai dua orang anak. Setiap sen yang dibelanjakan untuk si emak akan dikira termasuklah panggilan telefon, makan dan sebagainya.
"Astaghfirullah! Kau ni betul ke tidak?"
Saya masih ingat bagaimana saya terperanjat apabila dia mengatakan akan membuat tuntutan terhadap emaknya yang mengunakan telefon di rumah. Hanya RM10 sahaja.
"Isk..aku kena tuntut juga Tie, kalau tidak emak aku sewenang-wenangnya pakai telefon, sana sini telefon orang, yang parahnya akulah nak bayar!" kawan saya yang bernama Ita ini tegang urat lehernya, menyatakan pendiriannya.
"Habis yang kau tinggal dengan emak kau tu? Kau bayar ke?"
Saya menyindir dia, bahkan saya masih ingat bagaimana kami bergaduh mengenai emak Ita. Sampai ada kawan-kawan saya yang pening. Apa tidak peningnya, saya bergaduh kerana mempertahankan emak Ita, bukan Ita yang mempertahankan emaknya!
"Aku bayarlah emak aku RM300 sebulan sebab jaga anak aku.."
RM300, untuk menjaga dua orang anak?
Memang saya cemuih dengan layanan Ita terhadap emaknya dan Ita juga cemuih dengan saya yang sering mempertahankan emaknya yang sering dicemuh oleh Ita.
"Padan muka kau! Ada emak kau buat emak kau macam-macam. Bila dah meninggal kau menangis-nangis. .."
Tanpa memikirkan kesedihan Ita. Saya menembaknya. Tangisan Ita semakin tinggi, mungkin menyesali kesilapan yang lampau. Namun tangisan tersebut tidak dapat menarik simpati saya terhadap dia. Bahkan saya menjadi bertambah marah.
"Kau ada dua orang anak, bersedialah esok-esok anak kau akan buat kau begitu.."
Kata saya melepaskan geram! Tangisan Ita tidak reda-reda. Sambil memohon maaf dia terus-terus mengakui kesilapan sendiri.
Namun bagi saya, hati saya bertambah luka dengan pengakuan Ita. Kenapa Ita sedar selepas emaknya pergi. Kenapa Ita harus menangis kerana bukankah dia yang selalu mencemuh dan genggam tak tiris (kedekut) dengan emak sendiri!
Lebihnya saya kesal, saya yang kehilangan emak ketika usia 10 tahun sering mengimpikan kehadiran emak di sisi. Sering berangan, kalau emak masih ada, saya akan layan emak dan bawak emak berjalan-jalan ke mana-mana. Tetapi orang yang dipinjamkan oleh ALLAH seorang emak sehingga sudah berkahwin dan beranak pinak, melayan emaknya seperti penyapu buruk dan kasut hanyut!

Thursday, October 22, 2009

AKAN TERBIT

BUKU BERWARNA BACAAN SEKELUARGA. INFORMASI KEPADA SESIAPA YANG GEMAR MELANCONG!
" Tidak. Dahulu rumah ini kayu sahaja. Ada bangsal lembu di belakang rumah ini. Kamu tahu, ketika itu kami miskin. Setiap kali musim sejuk, baba akak tidur di atas rumput kering makanan lembu.”
Teta membeliakkan matanya mendengar cerita baba. Timbul simpati di hatinya.
“Tak busuk ke baba, bau tahi lembu?”
“Busuk, tapi dah biasa. Kami akan bakar kayu api di dalam kandang lembu dan tidur beramai-ramai untuk menjimatkan kayu api. Jadi bukan lembu sahaja mendapat haba panas, kami pun dapat juga.”
Teta cuba membayangkan tidur di kandang lembu! Yeark! Sudah pasti busuk. Bau lembu pun sudah busuk, apatah lagi bau tahi lembu.
“Banyak ke dedeh pelihara lembu, baba?”
“Banyak juga. Setiap tahun dalam dua puluh atau tiga puluh ekor.”
Kalau dua puluh atau tiga puluh ekor, sudah pasti kandang lembu itu besar. Patutlah orang berpindah ke kandang lembu. Ha.ha.ha... Teta ketawa sendiri.
“Kenapa Teta ketawa?”
Baba yang sedang menarik dahan pokok plum yang patah, merenung wajah Teta dengan penuh kehairanan. Sudah pasti baba hairan kerana tidak ada angin atau ribut, Teta ketawa sendiri!
“Tak... Patutlah baba tidur dengan lembu. Rupanya lembu- lembu tu banyak... Kalau nak suruh lembu tidur di rumah dedeh, sudah pasti roboh rumah, kan?”


Tuesday, October 20, 2009

BABA...

Pagi-pagi lagi ada seseorang menghantar SMS ke telefon suami. Saya yang kebetulan mendengar, lantas membukanya. Takut-takut ada SMS penting yang masuk.
"Dear, please send me to PD, 10 am.."
Bila dilihat, nama pengirimnya seorang perempuan berbangsa cina. Lantas saya balas.
"Sorry ur wrong number!"
Bangun sahaja suami, saya bertanyakan pada suami saya siapa Lilian yang nombornya berada di dalam telefonnya.
"Oh..perempuan cina, kerja di hotel Jalan Ipoh. Perempuan tu kuku! Malam tadi ada ke dia suruh I hantar dia pergi PD pagi ni?"
Belum sempat saya menceritakan SMS tersebut, suami saya sudah memberitahu. Rupanya dia kawan chatting suami saya di internet.
"Kenapa? Macamana you kenal dia?" suami saya bertanya kehairanan.
'Dia SMS, suruh you hantar dia ke PD.."
"Ahh..itulah, malam tadi kat YM pun dia suruh I hantar dia. Gila sungguhlah perempuan tu. Tak ada orang lain ke dia nak suruh, suruhlah anak dia. Cucu dia ke?" suami masih ketawa-ketawa.
"Dia gila ke awak yang gatal.."
Saya pura-pura marah suami saya, sambil mencubitnya berberapa kali. Suami sudah ketawa berdekah-dekah. Saya bukan tidak tahu perangai suami yang mempunyai kawan chatting yang begitu ramai sekali. Dalam listnya ada hampir 500 orang dan kadangkala dia lupa dengan siapa dia bercakap. Saya pun dah naik lali..
Ketika suami mahu keluar ke pejabat hari ini bersama Qaisara, tiba-tiba Qaisara bersuara dengan kata-kata yang memeranjatkan.
"Baba don't gatal with other women.."
Saya dengan bibik yang mendengar ketawa besar! Sepanjang ke kereta, Qaisara mengulang perkara yang sama. Rasanya ada dalam 9-10 kali. Sehingga suami meminta maaf darinya!
Huh! Nasib baik saya ada Qaisara, sekurang-kurang boleh jadi spy tak bertauliah saya! keh..keh.keh..




Monday, October 19, 2009

SECEBIS KISAH DI HUJUNG MINGGU

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, jiwa macam letih sahaja he.he, manusia biasalah pusingan hidupnya. Bahagia gembira, sabak (muram) semuanya berbaurkan. Malas sungguh nak update blog ini. Cuti raya deepavali hari itu, kami semua menuju ke utara, menuju ke satu kawasan yang bersempadan dengan Pulau Pinang, Kedah dan juga Perak. (Mak ai, tol pergi balik nak dekat RM100, seperti biasa bibik saya cakap..kita makan tol hari ini..keh.keh), di mana berlangsungnya majlis pertunangan adik lelaki saya.

Turut serta dalam majlis tersebut, kakak saya Mijah, Maznah, abang-abang ipar saya, abang saya dan ayah saya. Abang saya Ustaz Mazlan menjadi wakil pihak kami.


Ojan juga turut bersama, kami menyakat Ojan. 10 tahun nanti, giliran andak pergi merisik untuk Ojan pula...isk, pandai-pandai ajekan, panjang umur ke tidak saya..

Bersama bakal adik ipar saya Hamisah dan emak tiri saya. Beliau baru sahaja menamatkan pelajarannya di Mesir. Ojan kalau ambil gambar madang yang kelabu..he.he..



Hantaran dari pihak kami yang diuruskan oleh NB sepenuhnya, dah senget benget sebab barang hantaran ini penat duduk dalam kereta lama..keh..keh..


Selamat majlis berbalas ucapan, kami dijamu makan, makanan kampung. Masing-masing berselera dengan sambal belacan dan berulam jantung pisang. Wang hantaran yang diminta buat adik saya berpinar mata seketika..ha.ha..biar dia rasakan, ingat mudah nak ambil anak dara orang! Susah payah mak dengan ayah membesarkan anak daranya ...
Selepas balik rumah baru saya perasan, saya langsung tidak mengambil gambar Qaisara dan Balkish yang tidak duduk diam dalam kereta. Mereka berdua, menjerit-jerit menyanyi sepanjang perjalanan. Bila sampai ke rumah Balkish pun sakit tekak..ha.ha.ha..

Thursday, October 15, 2009

YUMMY!

Semalam saya pergi ke Tesco bersama Qaisara. Kalau orang membeli barangan dapur di awal bulan, biasanya saya membeli pada pertengahan bulan. Jadi seperti biasa, Qaisara memang mengekor sayalah ke sana ke mari.
"Umi..umi..i smell something.."
Qaisara yang duduk di dalam troli sudah tersengeh-sengeh. Hidungnya digerak-gerakkan. Apa jugalah si Qaisara ni, fikir saya. Dia memang tidak suka ke tempat ikan-ikan. Kata dia busuk, tapi kadangkala saya menyakat dia. Saya berlegar di tempat, ikan ayam agak lama. Membuat si Qaisara meradang dengan saya.
"Move umi, move. I smell something..so nice.."
Hidung Qaisara sudah bergerak-gerak lagi. Di Tesco memang ada macam-macam bau. Semuana bercampur baur. Tetapi kerana Qaisara suruh saya bergerak, saya bergerak juga. Saya lihat dia sudah menjilat-jilat bibirnya.
"Umi..umi.." muncung Qaisara sudah panjang, menunjukkan ke tempat seorang pekerja yang sedang bertungkus lumus membuka buah tersebut dan membungkusnya. La.....
"Qaisara nak ke?"
Tanya saya pada Qaisara yang sedang tersenyum-senyum Qaisara menganggukkan kepalanya. Jadi saya pun suruh pekerja tersebut membungkusnya. Kalau satu bungkus RM6.99, 3 bungkus katanya RM15.
"Umi nak makan kat sini.."
"Aik..mana boleh..berbau nanti.." mata saya terbeliak. Qaisara seperti tidak sabar-sabar. Bila dalam kereta pun dia minta juga.
"Busuk bau kereta sayang, nanti balik Teta makan ya"
Saya memujuk. Dan setiba sahaja di rumah....Anak dara saya yang tak sabar-sabar menikmati buah kegemarannya. Sampai dua bungkus di ambilnya. Satu katanya, simpan untuk baba. Mereka berdua memang berkongsi minat yang sama. Makan durian!
Tengok sampai terpejam-pejam mata. Teringat kata kakak saya, kalau orang melayu mau malu tengok Qaisara dengan Pak Seyit, enjoy makan durian!


Sampai menjilat bibir!


Tuesday, October 13, 2009

AKAN TERBIT NOVEMBER


“Dalam mengerjakan umrah, ada beberapa tawaf. Tawaf Ifadah. Iaitu tawaf yang menjadi rukun di dalam mengerjakan umrah..”
Ustaz Rahmat menerangkan kepada mereka yang hadir.
“Lepas tu ada tawaf Qudum..iaitu tawaf selamat datang dan juga tawaf wida iaitu tawaf selamat tinggal...”
Sambung lagi ustaz Rahmat. Teta mendengarnya dengan begitu tekun dan teruja sekali. Barulah dia tahu, tawaf sebenarnya ada tiga dalam mengerjakan umrah.
“Tapi sejak dahulu lagi ada lagi satu Tawaf yang sudah ditokok tambah oleh jemaah yang mengerjakan umrah ini. Iaitu Tawaf kidai...”
Tawaf kidai? Aneh bunyinya. Teta mahu bertanya dengan umi apa tawaf Kidai. Tetapi Ustaz Rahmat sudah menyambung.
“Tawaf dari satu kedai ke satu kedai..”
Kata-kata Ustaz Rahmat itu disambut dengan gelak ketawa para hidirin. Ustaz Rahmat memang kelakar. Sebab itu apa yang diajar cepat sahaja masuk ke benak semua bakal jemaah.


Monday, October 12, 2009

KEMAHIRAN BERFIKIR

"Komputer saya hang, bagaimana nak off computer?"
Pagi itu saya menerima SMS dari kawan baik saya. Alamak..detik hati saya. Masakan masalah sekecil ini pun tidak dapat diselesaikan. Dan saya pun menjawab.
'Off power dan keluarkan bateri."
Namun kemudian saya sedar, kadangkala dalam keadaan kritikal begitu kita tidak dapat berfikir dengan betul dan hilang punca. Biarpun masalah yang perlu diselesaikan adalah amat mudah. Kadangkala saya sendiri panik juga kalau berlaku sesuatu diluar jangkaan. Keadaan yang diluar jangkaan ini memerlukan kita mempunyai kemahiran berfikir demi menyelesaikan masalah.
"Honey something wrong with my car, the tyre slowly flat "
Itu suami saya ketika tayar keretanya mula pancit. Suami saya ini penyelesaian masalahnya adalah isterinya..he.he. Saya sudah lengkapkan dia dengan kad AAM dan cuma menelefon sahaja tetapi yang ditelefon adalah isterinya juga..auwahh..(saya selalu cakap dengan dia, kalau saya mati nanti macamanalah awak ni).
Kemahiran berfikiran dan penyelesaian masalah memang banyak saya pelajari ketika kecil. saya masih ingat bagaimana arwah emak bercerita mengenai seekor gagak yang menjumpai takar air yang airnya jauh sekali ke dasarnya. Bagaimana gagak mahu minum, sedangkan leher gagak tidak sampai ke dasar takar. Arwah emak saya bertanya. Bagaimana gagak mahu menyelesaikan masalah?
"Angkatlah takar tersebut dan tonggang.."
Itu penyelesaian masalah saya untuk gagak. Emak ketawa. Masakan gagak, seekor burung yang kecil gagah mengangkat takar tersebut.
"Gagak mengambil batu, satu persatu lantas dilemparkan ke dasar takar itu. Apabila batu banyak memenuhi takar jadi air pun naik ke atas permukaan takar dan dia dapatlah minum.."
emak menerangkan. Nah..bayangkan gagak yang dikategorikan tidak berakal mempunyai kemahiran berfikir dan dapat menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikiran sebenarnya perlu ada di dalam setiap diri kita dan di situlah kita dapat menyelesaikan masalah.
Seperti menulis novel, kemahiran berfikir memang amat-amat diperlukan. Kemahiran ini mengajar bagaiamana seorang penulis menjadi kreatif dan tampak bijak di mata pembaca. Tetapi bukan sahaja penulis yang memerlukan kemahiran berfikir tetapi pembaca juga memerlukannya kemahiran tersebut.
Namun kadangkala ada juga buku-buku yang tidak logik dan tidak boleh diterima akal masih menjadi sanjungan pembaca. Apakah penulis tidak ada kemahiran berfikir atau pembaca yang sudah tidak tahu bagaimana berfikir? Entahlah..saya tidak ada jawapannya.
Cuma yang saya tahu, kepala saya kadangkala sakit sungguh kerana selalu menggunakan otak untuk berfikir..mungkin otak saya sudah menjadi tua kerana terlalu banyak berfikir



Saturday, October 10, 2009

JOM MASAK, MASAKAN KITAR SEMULA!

Sejak dulu lagi, keluarga saya cukup menitikberatkan tentang tiadanya pembaziran makanan. Saya masih ingat, arwah emak saya seboleh-bolehnya cuba mengelakkan makanan dibuang begitu sahaja. Contohnya roti canai ataupun tepi roti (yang keras). Biasanya makanan ini emak akan recyle supaya rezeki ini tidak masuk ke tong sampah. Ini adalah salah satu resipi arwah emak supaya makanan yang tidak habis dimakan boleh di kitar semula.
Bwang, putih, bawang merah, roti canai yang sudah keras dan tidak mahu dimakan lagi (tepi roti yang keras pun boleh), telur dan cili (cili terlupa nak ambik).
Mesin cili, bawang putih, bawang merah dan tumis sehingga garing.
Kemudian masukkan telur dan roti canai yang sudah dipotong kecil. Sedapkan dengan garam atau perasa. Kalau mahukan sayur, boleh juga diletak sayur.
Tada! Roti canai yang sudah jadi seperti kueteow goreng. Cubalah..memang sedap.

Wednesday, October 7, 2009

SERUPA TAPI TAK SAMA

Siapa artis ini? Saya pun tak kenal. "Airis Yasmin mahu jadi pelakon serba boleh tidak putus terima tawaran berlakon. Itu yang saya baca di Harian Metro hari ini." Beliau ini adalah model berstatus janda. Cantik lagikan. Saya tidaklah tertarik dengan apa yang mahu diceritakan tentang artis ini. Tapi saya tertarik dengan baju yang dipakainya. Macam pernah ku beli...

Airis Yasmin
Ini model mana le pulak? Baju hampir serupa aje..ha.ha..

Potongan lengan baju ala Siti Nurhaliza dengan taburan batu ini sama aje yang dipakai oleh model di atas. Keh.keh..


Kalau model Airis Yasmin bergaya di celahan pokok. Model kecil ini bergaya di bawah kerusi meja sambil makan nasi ayam. Waalla...nak buat camana dan tak boleh nak dikawal.

Model kecil ini bergaya ketika majlis jamuan rumah terbuka di rumah aunti Shelly di Seremban. Bersama uminya dan juga adik aunti Shelly, aunti Shela dan juga anak aunti Shelly Qaisara Balkish..tengok peha Balkish..yummy..yummy..



Tuesday, October 6, 2009

ADUN PENING KEPALAKU SIH!

Satu hari ketika saya sedang makan di luar bersama anak-anak buah saya dan adik beradik saya, saya menerima panggilan telefon yang memeranjatkan. Datang dari pembantu rumah tidak jauh daripada rumah saya.
"Umi, umi tahu tak Sari tu ada affair dengan suami orang?"
Sari adalah pembantu rumah saya. Sudah pasti saya terperanjat. Bila pula si Sari ada affair dengan suami orang, pembantu rumah saya sudah bersuami dan mempunyai anak. Lagipun Sari sentiasa berada depan mata saya. Sering saya bawa ke mana-mana. Dia seperti kawan saya.
"Sari tu bagi lelaki itu baju dan bila isterinya dapat tahu, isterinya itu menangis sehingga gugur. Kalau umi nak tahu. Lelaki itu abang kepada si Eda kawan saya. Si Sari hantar gambar bogelnya kepada lelaki itu, sehingga isterinya gila."
Eda itu adalah pembantu rumah juga. Setahu saya depan mata saya si Eda memberi baju kepada Sari apabila mendapat gaji kerana Sari sering memberi dia makanan. Tidak pernah pun dipakai oleh Sari kerana kurang berkenan tetapi tetap disimpannya.
Beria-ia pembantu rumah tersebut bercerita dengan nada yang marah dan katanya dia mahu berjumpa dengan Sari dan menampar pipi Sari.
"Chop..chop.." saya memotong kata-kata pembantu rumah tersebut.
"Kalau Sari ada affair dengan lelaki orang kenapa kamu yang beria-ia. Bukan Eda atau kakak iparnya yang menyerang?" saya mengutarakan pertanyaan. Pembantu rumah itu diam.
"Dia telah menyakitkan hati saya, dia cakap saya pengemis. Sebab itu saya sedikit emosi umi.."
Akhirnya dia mengaku. Dan tidak puas hati dengan ceritanya saya beritahu sari saya mahu bercakap dengan Eda untuk mendapat cerita lebih lanjut.
"Astaghfiruallah bila masa Sari ada affair dengan abang saya umi, jangan dimasuk dalam hati kata-kata si Ana itu. Mungkin dia nggak waras.."
Pening kepala saya, saya sudah dilibatkan dengan pembantu rumah yang tidak sedar diri ini. Apabila disiasat rupanya semuanya berdasarkan cemburu. Pembantu rumah bernama Ana ini memang satu masa dahulu pernah meminta kerja dengan saya, tetapi saya tolak kerana satu alasannya, dia pembantu rumah jiran saya. Masakan saya mahu mengambil dia. Kedua saya melihat anak-anak yang dijaga tidak kemas. Hingus anak-anak meleleh dan anak-anak dipakaikan baju koyak rabak. Saya selalu menegur dan memberi anak-anak ini makan.
Bahkan dengan Ana sendiri saya sering memberi dia makan kerana katanya di rumah tidak ada apa-apa untuk dimakan. Bahkan dengan pembantu rumah lama saya, saya masih ingat setiap pagi dia akan datang dibelakang rumah saya dan bertanyakan apakah ada makanan untuknya? Sikap Ana yang suka meminta-minta itu kadangkala membuat saya marah.
"Nanti kau cakap dengan umi aku tak mahu baju kurung raya ini, aku mahukan blouse.."
Itu kata dia pada Sari, memang setiap raya saya akan berikan pembantu rumah di kawasan rumah saya baju, telekong dan sebagainya. Tetapi tahun ini saya tidak ada masa untuk mencarikan baju raya, saya ingat selepas raya saya akan beri mereka duit raya. Jadi apabila hari raya hampir tiba, baik baju kurung atau blouse masih tidak Ana terima. Lantas si Ana bertanyakan pembantu jiran-jiran lain apakah mereka mendapat hadiah dari saya. Kebetulan ada seorang pembantu yang saya berikan baju kurung lama saya. Jadi si Ana menjadi benganglah. Dia sangka, Sari tidak menyampaikan kepada dia segala pemberian saya. Dia bertanyakan hal tersebut melalui SMS kepada Sari i dan Sari menjawab.
"Usahlah meminta-minta, orang yang meminta-minta itukan pengemis.."
Dia menjadi marah dan cuba menaburkan fitnah. Fitnahnya bukan sedikit-sedikit tetapi menakutkan. Lantas kerana menjadi marah saya tidak mempercayai cerita pembantu rumah saya mempunyai affair dia mahu memulangkan semua baju yang pernah saya beri. Hal itu diberitahu pada pembantu rumah yang lain.
"Kalu mau dipulangkan, harusnya dipulangkan makanan yang pernah kamu makan. sekali."
Itu nasihat pembantu rumah lain yang mendengar ngadu domba si Ana itu menyebabkan dia bertambah berang...
Kadangkala saya terfikir apakah bencana Alam yang berlaku sekarang salah satu sebabnya kerana manusia menaburkan fitnah sewenang-wenangnya tanpa batas.

Friday, October 2, 2009

TELEFON OH TELEFON

Mula-mula saya belikan telefon ini Qaisara memang tidak suka, kata dia telefon ini tidak macam telefon umi. Tidak boleh bercakap dengan baba, tidak boleh bercakap dengan Danish atau Balkisah. Tetapi entah kenapa, lama-lama mungkin kerana tengok gambar yang berada di hadapan telefon itu. Qaisara mula menyukainya. Membawanya ke sana ke mari walaupun ketika mahu tidur.
Tiba-tiba telefonnya hilang, menurut bibik Qaisara membawa telefon tersebut ke rumah jiran. Jadi saya suruh dia ambil dari rumah jiran belakang rumah. Bila mahu diambil jiran mengatakan tidak ada di rumahnya. Kami mengesyaki anaknya yang hampir seusia dengan Qaisara mengambilnya. Beberapa kali ditanya. Anak itu menjawab tidak tahu.
"Teta tinggalkan dekat rumah itu.."
Qaisara mempunyai ingatan yang cukup kuat, dia selalu fokus dan rasanya dia selalu bercakap benar. Sudah ditanya berkali-kali pada jiran masih tidak ada, maka saya mengharung sekali lagi ke sogo mahu mencari telefon tersebut. Sayang..telefon yang berharga RM25 itu kehabisan stok. Nasib baik Qaisara lupa akan telefonnya kerana sibuk beraya (peristiwa ini berlaku, dua minggu sebelum raya)
Beberapa hari yang lepas ketika saya di dalam bilik, Qaisara sedang berada di dalam biliknya bersama bibik di bilik sebelah terdengar sesuatu.
"Bibik! Itu telefon Teta.."
Qaisara membeliakkan matanya, dia meluru ke tingkap yang kebetulan hanya beberapa kaki dari dapur jiran belakang rumah. Dia melihat anak jirang belakang rumah sedang duduk di muka pintu dapur bermain dengan sesuatu. Teta pantas turun dari tingkat atas dan terus ke dapur bersama dengan bibik. Membuka pintu dapur.
"Itu telefon Teta, bagi balik.."
Qaisara menjerit, anak jiran terperanjat. Jiran yang sedang memasak di dapur mahu dengan tidak terpaksa memulangkan telefon itu kepada yang berhak biarpun anaknya terlalak terlolong mahukan telefon tersebut. Kasihan juga saya melihatnya tetapi mahu saya belikan untuk anak jiran, itu satu-satunya yang ada di sogo.
"Macam mana ibu ya, Qaisara boleh kenal lagi bunyi telefon dia sedangkan sudah hampir sebulan"
Pembantu rumah saya menggelengkan kepala, seperti takjub bunyinya. Bila saya bercerita dengan suami, suami saya ketawa besar..
"Like father like daughter! Kazem..kazem (anak perempuanku2)..cisss..
Kalau yang bagus..semualah anak dia..ha.ha.ha...

Inilah telefon yang menjadi rebutan. RM25 bagi telefon mainan begini memang mahal bagi saya tetapi kerana Hallo kitty dan dibawah lesen yang dikawal, tak mengapalah. Lagipun Qaisara suka. Qaisara beritahu saya tak mahu membawa ke mana-mana lagi telefon ini. Setiap kali dia mahu keluar sekarang, telefonnya di letak di bawah tilam..ha.ha.ha.