Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, March 30, 2008

SEPARUH MASA

Dulukan telah diberitahu
Jangan mengganggu di hujung minggu
Nanti dia akan tahu

Rahsia engkau dan aku
Kita sudah sama setuju
Berjumpa hanya bila perlu
Kerana kita sudah punya teman istimewa
Kuhanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih daripada itu
(chorus)
Kuhanyalah kekasih separuh masa
Dari isnin sampai jumaat sahaja
Janganlah pula kau mengharap
Berdampiran selalu denganku
Jika kau tak terima khabar
Bererti dia ada di sini
Jangan gatal meninggalkan pesan
Curiga dia nanti
Tak perlu kata-kata manja
Itu sudah sering kudengar
Dari dia yang masih tidak tahu
Adanya dirimu
*(chorus)
Kuakui ada sesuatu antara kita

Tetapi kutahu bukan seperti biasa

Sejak usia meningkat saya memang tidak begitu gemar mendengar lagu. Bahkan ketika memandu saya lebih suka menutup radio dan membiarkan suasana hening. Anak-anak buah saya sudah faham perangai saya. Sesekali mereka mengadu juga, bosan apabila mengikut saya memandu pulang ke kampung! Tetapi apa daya, kepala saya pening kalau mendengar lagu terlalu lama.

Namun satu malam minggu, sambil menemani adik dan kawan-kawannya yang datang ke rumah sebelum mereka semua berangkat menyambung pelajaran di Mesir. Saya bergabung dengan mereka menonton AF6. Saya terdengar lagu seperti lirik yang saya paparkan di atas, dinyanyikan oleh salah seorang perserta.
“Teruk sungguh seni kata lagu ini..”Saya bersungut apabila mendengar lagu tersebut menerpa ke telinga saya. Macam tidak percaya saya mendengarnya. Terpegun bukan kerana terpersona tetapi hati saya seperti disayat. Sedih, marah, kecewa berbaur satu.. Macam mana lagu-lagu yang seperti ini diluluskan oleh badan penapisan.?
“Senikata macam tak bermoral. Macam mempunyai hubungan rambang itu perkara biasa..”
Salah seorang kawan adik-adik saya menyampuk. Kami berpandangan antara satu sama lain.
“AF sepatutnya bagi lagu-lagu yang baik untuk para pelajar didendang. Banyak lagu-lagu ketuhanan, cinta pada keamanan, lagu jiwa seperti yang banyak dinyanyikan oleh M.Nasir, Ramli Sarip, Ungu dan sebagainya. Bukankah AF ditonton oleh semua peringkat usia..” Aku sudah mula membebel. Mungkin hati sudah tersentap. Jadi rasa kesal yang berladung perlu diluahkan.
“Betul tu, betul…”
Anak-anak remaja yang tidak lebih dari usia 21 tahun ini mengiakan kata-kataku. Kami terus berbincang dan meluahkan rasa kesal dengan lagu-lagu seperti lagu Separuh Masa yang dicipta untuk melekakan anak-anak muda yang sepatutnya dibimbing dengan lagu-lagu yang lebih bermoral. Saya tahu seseorang pencipta atau pengubah lagu, mengubah mengikut pasaran. Mengikut selera pendengar. Tetapi pendengar perlu juga dididik dengan lirik-lirik lagu yang lebih bertanggungjawab. Salah satu lagu yang saya rasa, pengubah dan penulis liriknya seorang yang cukup bertanggungjawab adalah seperti di bawah.

Ramli Sarip
KALIMAH TERAKHIR


Jauh sudah perjalanan
Pahit manis dirasakan
Kini kau sudah di penghujung jalan
Di waktu yang sangat sempitDi saat hampir terhimpit
Gerak bibir mu tanpa suara
Tenangkanlah jiwa mu
Di kalimah akhir mu
Tua, muda, miskin, kayaPasti kembali kepada Nya
Rumah, harta, gedung, istana
Tiada lagi berguna
Hanya amal, budi, bakti, suci
Oh... oh... oh...Jauh sudah perjalanan
Pahit manis dirasakan
Kini kau sudah di penghujung jalan
Yang jauh semakin jauhYang dekat semakin dekat
Berbaktilah sebelum terlambat
Bimbinglah kami iniKe jalan Mu Ilahi Ya! RabbiOh... oh... oh...

Bukankah lagu-lagu begini lebih mententeramkan jiwa. Mempunyai pengisian..entahlah, mungkin dunia sudah semakin hilang nilainya.

Wednesday, March 26, 2008

ANAK KECIL DAN JAM


Anak berusia 10 tahun itu sesekali mengerling jam tangan dipergelangan tangan rakan sekelasnya. Cantik! Dia tahu jam tersebut berharga RM15. Itu yang diberitahu oleh rakannya. Di mana dia mahu mencari duit sebanyak itu. Membantu ayah menoreh di hujung minggu sebulan dia hanya dapat RM1.50. Duit belanja sekolah satu hari hanya 10sen bersekolah pagi dan 10 sen bersekolah petang.
“Ahh..mana mahu dicari duit jam tersebut mahal sungguh..”
Dia berkata sendiri. Setiap hari jam tersebut menganggu fikiran anak berusia 10 tahun itu. Dia sentiasa berangan-rangan untuk memakainya. Mungkin bagi orang lain apalah ada pada seutas jam tangan yang berharga RM15!
Namun pada suatu hari. Ketika dia balik dari sekolah. Ada tiga utas jam tangan terletak di atas meja makan di ruang tamu rumahnya yang tidak begitu besar. Hatinya mengeletek kegembiraan.
“Oh..ayah seperti tahu aku mahukan jam tangan”
Anak kecil itu bersorak kegembiraan! Kegembiraan yang sukar dilakarkan dengan pena atau ditafsirkan dengan kata-kata.
Dia menunggu dan menunggu si ayah membahagi-bahagikan jam tersebut. Ketika waktu makan tengah hari tiba, mula-mula si ayah memberi pada kakak yang sulong. Sudah pasti si kakak begitu gembira sekali, kemudian di beri pada kakak yang ke dua. Reaksinya sudah pasti sama dan hanya tinggal seutas sahaja jam di atas meja. Anak berusia 10 tahun itu berdoa dalam hati.
“Moga-moga jam tersebut diberi pada aku. Bukannya pada abang..”
Dia berdoa sambil memejam matanya. Namun apabila nama si abang dipanggil si ayah dan jam tersebut di pakaikan di tangan si abang. Air mata si kecil berusia 10 tahun itu menitis perlahan. Dia mengerling di atas meja perlahan! Sah! tidak ada satu pun jam yang tinggal di meja.
“Kamu tidak perlukan jam. Kamu baru berusia 10 tahun. Jam tidak penting pada kamu..”
Tanpa ditanya, suara si ayah yang garau menyapa telinganya. Dia tersentak. Bukankah dari darjah satu dia sudah dapat membaca jam. Bahkan dia dengan abangnya bukan jauh sangat bezanya. Abangnya berusia 11 tahun, kakak nombor 2 berusia 13 tahun dan kakak yang sulong 14 tahun.
“Jadi tahun depan saya boleh mendapatkan jam ya ayah..”
Dia bertanya untuk menyedapkan hati sendiri. Namun tidak ada jawapan. Anak kecil itu terus mengharap dan mengharap. Sehingga usianya menginjak dewasa. Tidak pernah seutas jam pun dibelikan oleh siayah kepadanya.
Dan ketika di hari jadi si ayah yang ke 65 tahun, dia membelikan si ayah jam yang berharga RM1,500. Harga jam yang mampu dibelinya tanda dia tidak pernah berdendam dengan si ayah yang sering membeza-beza kasih sayang.
Dan sehingga kini walau berpuluh jam mampu dibelinya. Namun ingatan dia terhadap jam berharga RM15 masih utuh dalam ingatan. Dan jam itu sering mengingatkan dia, bahawa manusia perlu dilayan dengan sama rata.

Monday, March 24, 2008

ANAK KECIL ITU

Pada tahun 1973 seorang anak kecil memulakan persekolahan dengan hanya memakai kasut plastik dan memakai uniform seadanya. Dia anak ke empat daripada 4 orang adik beradik. Terdiri daripada 3 perempuan dan seorang lelaki. Semangatnya begitu membara ketika mahu ke sekolah pagi itu. Belajar membaca dan menulis seperti yang dilakukan oleh kakak dan abangnya.
“Oh…kau pagi yang indah. Hari ini hari bersejarah di mana aku akan belajar menulis dan membaca. Aku akan tulis cerita mengenai kehidupan aku satu ketika nanti dan orang akan menatapnya..” begitu bersemangat sekali anak kecil yang berusia 7 tahun itu. Dia berjalan kaki ditemani oleh ke dua-dua kakaknya. Dan ketika loceng berbunyi menandakan kelas akan bermula. Dia ditinggalkan oleh kakaknya di padang sekolah bersama kanak-kanak lain yang juga sama dengannya yang akan memulai hari pertama persekolahan. Kerana terlalu teruja mahu belajar, dia tidak pernah peduli ditinggalkan keseorangan sedangkan pelajar lain ditemani oleh ibu dan ayah mereka.
Seorang demi seorang nama pelajar dipanggil oleh dua orang guru yang bertugas untuk memasuki kelas A dan B yang berada di sekolah tersebut. Dan akhirnya anak kecil yang berkasut plastik itu tinggal seorang diri di padang.
“Kamu siapa nama?”
Salah seorang guru itu bertanyakan namanya. Lantas anak kecil itu memberitahu dengan nada yang bergetar. Risau, bimbang beraduk menjadi satu. Bimbang tidak diterima bersekolah. Risau dia akan disuruh pulang ke rumah dan akan menimbulkan kemarahan ibu dan ayah.
“Kamu datang dengan siapa?”
Guru tersebut menyoal lagi. Mungkin cuba membantu.
“Kakak…”
“Mana kakak kamu..”
“Ada dalam bilik darjah tapi saya tak tahu bilik darjah mana..” si kecil menjawab tulus.
“Emak atau ayah kamu di mana?”
“Emak hantar abang, dia bersekolah di tempat lain?”
“Abang awak juga darjah satu?”
“Tidak..darjah dua.”
“Kenapa emak kamu hantar abang kamu yang darjah dua tapi dia tak hantar kamu yang masuk darjah satu.”
Anak itu tidak tahu bagaimana mahu menjawab. Kerana walaupun dia anak bongsu di dalam keluarga. Dia sering bersendirian dan terasing. Jarang dipedulikan. Mungkin kerana dia anak perempuan ke tiga dalam keluarga.
“Oh..nama kamu tak ada dalam senarai. Kamu kena pulang beritahu ibu dan bapa kamu supaya datang dan berbincang dengan cikgu.”
Ke dua-dua guru berpandangan. Rasa simpati menebak dada. Namun mereka tidak berdaya melakukan apa-apa . Mahu tidak mahu si kecil yang berkasut plastik terpaksa pulang.
Dan ketika pulang seperti diduga dia dimarahi kerana tidak dapat menguruskan diri sendiri untuk masuk bersekolah. Hatinya tergores, pedih, sedih.Namun dia tidak pernah berdendam walau sekelumit jua pun.
Dan hari ini apabila anak itu dewasa, kenangan itu masih kuat terpahat menjadikan dia seorang yang cukup perasa pada rasa seorang wanita yang satu ketika dahulu sering dibeza-bezakan.

HARUM CHEMPAKA


Alhamdulilah..terhasil buku terbaru saya dan Insya-ALLAH kalau diizinkan tuhan akan menjenguk di pasaran menjelang pesta buku. Cerita cinta yang sudah lama saya lupakan. Agak mencabar sedikit untuk mencanai watak dan plotnya. Mungkin peningkatan usia membuatkan saya lupa indahnya waktu dilamun cinta dan berkasih. Kisah mengenai Chempaka yang cuma seorang gadis kampung datang dari keluarga bermasalah. Seperti biasa watak tersebut saya hidupkan dengan semangat kerana bagi saya watak orang yang kecewa tidak boleh dijadikan watak utama. Dari semangat Chempaka menyemarakkan kehidupan dia dan keluarganya dengan perubahan. Dan seperti manusia biasa, warna-warna kehidupan tidak selalu berwarna ceria. Begitu juga dengan Chempaka. Palitan warna hitam membunuh rasa gembira dalam hidupnya. Cerita seterusnya...

ILMU KALAU DIBIARKAN

Satu waktu dahulu, saya begitu akrab dengan komputer. Bahkan saya juga pakar bahasa HTML. Tetapi sayang, masa membuat saya hampir lupa untuk menjelajah dan memahami bahasa komputer. Saya hampir lupa apa yang saya pelajari ketika mengambil kursus kejuruteraan komputer di salah sebuah kolej. Bukan sahaja saya sudah lupa dengan binary kod yang harus saya fahami dan hafal ketika belajar dahulu. Bahkan banyak bahasa komputer yang membuat saya mengangga sekarang ini. Ahh..alangkah ruginya saya! Sebab itu adik saya seorang hafiz, walau sudah bekerja dengan badan kerajaan. Saban hari walau tidak banyak waktu yang terluang, tidak pernah satu hari pun tersasar untuk tidak membaca Al-Quran atau menghafalnya. Kerana katanya ilmu kalau tidak dipraktikan seperti pohon yang tidak diberi air atau baja. Akan kering dan kontang bila sampai masanya.

KUASA ATAU TANGGUNGJAWAB

Dua minggu lepas saya keluar mengundi. Saya mengundi di kawasan Ampang, tempat di mana lebih 10 tahun saya tinggal sebelum saya berpindah ke Kajang yang cukup damai. Saya puas hati dengan calon yang saya pangkah dan tidak ada istilah malas untuk mengundi. Apa sahaja keputusan saya terima dengan hati yang terbuka kerana saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pengundi. Bahkan saya sendiri gembira dengan keputusan yang terhasil. Sekurang-kurangnya politik malaysia sekarang lebih berwarna warni. Bukankah berwarna warni itu indah. Contohnya pelangi..
Dan hasil daripada keputusan yang telah diputuskan oleh rakyat termasuk salah seorangnya saya, akhbar cukup galak menyiarkan perkembangan tanah air, apatah lagi berberapa buah negeri jatuh ke tangan pembangkang. Ada yang gembira menerima keputusan pilihan raya, ada yang rasa kecewa. Sebagai manusia memang perangai rencam ini perkara biasa. Saya sendiri gembira bercampur sedih. Gembira kerana melihat rakyat Malaysia lebih terbuka dan tahu hak mereka dan sedih kerana membaca di akhbar, ahli-ahli politik atau lebih tepat wakil-wakil yang kita lantik menjadi khalifah ini bergaduh sesama sendiri. Bahkan paling menyedihkan pergaduhan tersebut melibatkan sesama bangsa dan agama.
Telah dikhabarkan oleh Allah dalam Surah Al-An'am, ayat 165:
Maksudnya: Dan Dialah (Allah) yang menjadikan kamu khalifah di bumi, dan dia mengangkat darjat-darjat sebahagian dari kamu ke atas sebahagian yang lain, untuk menguji kamu tentang apa yang telah dia berikan kepada kamu, sesungguhnya Tuhanmu itu amat cepat siksaannya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Menjadi khalifah Allah dimuka di bumi bermaksud menjadi wakil yang dilantik Allah untuk mentadbir dan menguruskan bumi ini, disamping memakmurkan supaya menjadi tempat tinggal yang baik untuk didiami oleh penghuni-penghuninya. Memang rasanya cukup berat tugas tersebut. Kalau saya diberi tugas tersebut memang saya akan melarikan diri. Diri sudahlah tidak sempurna, kadangkala solat pun sampai penghujung waktu mahu menjadi wakil ALLAH.? Malu sungguh saya pada ALLAH apatah lagi menjadi wakilnya.
Tetapi kenapa ramai orang sekarang ini yang berebut-rebut mahu menjadi khalifah? Apakah kerana hati yang ikhlas berdasarkan tanggungjawab atau hanya kerana kuasa semata-mata? Kalau hati mereka ikhlas kenapa perlu berebut dan bergaduh sesama sendiri sedangkan tanggungjawab khalifah ini bukanlah mudah.? Apakah wakil yang kita lantik sebagai khalifah ini jahil apa maknanya tanggungjawab? Atau kerana tamakkan harta dunia dan peluang-peluang untuk mereka mengumpul harta selepas menjadi khalifah menjadikan mereka lupa betapa beratnya amanah yang telah diberikan kepada mereka?
Inilah yang menjadi persoalannya...